Kerjaya Fotografer Perlu Dua DLSR Kamera

Kerjaya Fotografer Perlu Dua DLSR Kamera

Fotografer Memerlukan Dua DLSR Kamera

Statement peribadi aku ialah jika anda benar-benar seorang fotografer dan mencari makan dengan mengetik gambar-gambar di majlis-majlis perkahwinan atau majlis-majlis maka anda memang memerlukan 2 DLSR kamera. Apatah lagi jika anda bekerja secara solo, maka keperluan 2 kamera memang menjadi satu kewajipan.

Berdasarkan pengalaman aku mengambil majlis perkahwinan terutama apabila pasangan pengantin berposing. Kita tidak boleh bergantung pada lensa 18-55mm atau 18-105mm semata-mata.

Kadangkala terpaksa kita tukar lensa 50mm f1.8 jika mengambil wajah potrait atau sesuana tempat itu agak gelap. Kita memerlukan lensa yang mempunyai f yang kecil untuk mengatasi masalah ini.

Masalah timbul kerana kita kerap terpaksa menukar lensa setiap kali pose yang berbeza. Apatah lagi jika majlis tersebut sedang berlangsung takkan kita nak tukar lensa lak. Itu sebab kadangkala dalam sesuatu majlis itu terdapat 2 atau 3 kamera man yang menggunakan lensa yang berbeza.

Supaya cepat dan mempunyai angle yang berbeza namun bila bercerita tentang budget memang mahal ler sebab kena tenaga tambahan...hehehehhehe. So dalam dunia yang kompetatif ini, harga memang menjadi saingan tetapi harga janganlah terlalu rendah hingga merosakkan periuk nasi fotografer yang lain..

Untuk sebab itu, anda memerlukan dua kamera DLSR jika secara mengambil gambar secara solo.
Dengan penggunaan dua kamera maka anda lebih cepat mengambil gambar dan tampak lebih profesional.

Apa pendapat anda...?

Catat Ulasan

0 Ulasan