Penyelesaian Insuficient Storage Samsung

Penyelesaian Insuficient Storage Samsung

Masalah utama aku dalam memakai smartphone Samsung ini ialah masalah device phone makin lama makin kurang.

Sebelum itu baik aku terangkan detailed Samsung memory secara am. Ia sebenarnya terbahagi 3 bahagian iaitu:

Device Memory- dimana anda menyimpan semua aplikasi atau program disini dan juga aplikasi data. Saiz tak besar dalam 2GB.

Internal Memory- built in memory card dimana anda simpan gambar,video dan lain-lain. Biasanya ia kasi dalam 11GB.

External Memory- atau SD Card lerrr..

Masalah utama di Device Memory di mana ia selalu mengeringkan memory anda hinggakan nak updated aplikasi pun tak boleh.

Aku pakai Samsung Galaxy Note 1 dan selalu menghadapi masalah "Insuficient Memory". Memang cukup marah kalau kena macam ni.

Pernah aku reset factory handphone dan kemudian aku root smartphone dan seterusnya aku pindahkan semua application ke SD kad.

Mula-mula dapat juga dalam 1.3G tetapi lama kelamaan makin kurang. Dan hingga ia berbalik ke asal kurang 200MB.

Terpaksa setiap hari clear data dalam application, deleted mesej, clear cache dan buang aplikasi yang tak penting.

Paling banyak pun aku dapat akan perolehi 249MB dari 2GB device memory phone.

Kini aku dah dapat penyelesaian dari rakan aku.

Cuba taip di keypad anda *#9900# dan secara automatik ia akan keluarkan beberapa option.

AMARAN......Jgn sentuh yang lain-lain!!!
Anda hanya perlu pilih option Delete dumpstate/logcat dan klik.

Setelah selesai scroll ke bawah dan pilih option yang paling bawah tulis Exit dan klik untuk keluar dan log anda akan di bersihkan.

Ajaibnya dari kapasiti 200MB/2GB aku memperolehi 1.6GB/2GB.

Tapi pastikan ikut arahan yang diberi dan jgn menggatal klik yang lain....hihihihi.

Akhirnya setelah begitu lama...baru jumpa penyelesaian......huhuhuhuhuhu.

Selamat mencuba!!!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

Abam Kie berkata…
bijak demo...abe kie nak try la.