PRK Rompin BN Menang Tapi Majoriti Kurang

PRK Rompin BN Menang Tapi Majoriti Kurang

PRK Rompin BN Menang Tapi Majoriti Kurang
Barisan Nasional (BN) akan melakukan post-mortem bagi meneliti keputusan pilihan raya kecil (PRK) Rompin yang menyaksikan kemerosotan peratusan undi kepada parti itu. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, post-mortem itu akan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuh lagi pencapaian dan prestasi BN pada pilihan raya akan datang.

"Kami akui bahawa peratusan undi kepada Barisan Nasional telah merosot daripada 66.53 peratus kepada 61 peratus, walaupun majoriti kekal pada tahap selesa.

 "Kami akan meneliti keputusan PRK Rompin kali ini dan melakukan post-mortem dengan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuhkan lagi pencapaian dan prestasi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.

 Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam entri terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini. AHLI Parlimen Rompin yang baharu, Datuk Hasan Arifin (tengah) beramah mesra bersama penduduk setempat hari ini, selepas memenangi PPRK Parlimen Rompin malam tadi. Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Rompin kerana memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membawa pembangunan dan kemajuan di Rompin.

 "Saya yakin Datuk Hasan Arifin mampu meneruskan usaha dan perkhidmatan baik kepada penduduk Rompin sebagaimana yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," katanya. Penghargaan turut dirakamkan kepada jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri,

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku penyelaras parti bagi pilihan raya kecil itu, serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut bersama menggerakkan jentera parti negeri. Dalam PRK semalam, BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dengan meraih majoriti 8,895 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi. PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

 Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Catat Ulasan

0 Ulasan