Zamarul Dan Diana Rujuk Semula

Zamarul Dan Diana Rujuk Semula

Zamarul Dan Diana Rujuk Semula
Pasangan pelakon, Zamarul Hisyam, 44, dan Diana Rafar, 33, bergelar suami isteri semula selepas mahkamah rendah syariah membuat pengesahan lafaz rujuk.

Hakim syarie, Muhamad Hisham Zakaria membenarkan permohonan defendan (Zamarul) yang difailkan pada hari Isnin lalu untuk merujuk Plantif (Diana) mengikut Seksyen 61 enakmen undang-undang keluarga Islam Selangor 2013.

"Pengesahan rujuk oleh plantif pada 14 Februari secara lisan yang dibuat dalam waktu edah adalah sah.


Pasangan itu berkahwin bernikah pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan seorang anak Kashfi Haikal, 5.

Kedua pasangan itu secara rasmi bercerai talak satu pada 15 Januari lalu.

Berdasarkan keterangan di mahkamah oleh pasangan itu, pada 14 Februari sekitar 11.30 malam di kediaman mereka, Zamarul membuat lafaz rujuk "Diana Rafar, saya merujuk kamu untuk menjadi isteri saya".

Selepas selesai pengesahan lafaz rujuk, kedua-duanya bersama ahli keluarga bergerak ke premis Bainy Gold and Diamant di Laman seri, Sekyen 13 untuk memilih cincin untuk disarung ke jari Diana.

Catat Ulasan

0 Ulasan