CIMB Pula Tawar Berhenti Kerja Sukarela

CIMB Pula Tawar Berhenti Kerja Sukarela


CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) dan unit perbankan Indonesia bank itu, PT CIMB Niaga (CIMB Niaga) mengumumkan tawaran Skim Pelepasan Sepakat (MSS) kepada kakitangan masing-masing, dalam usaha kumpulan perbankan itu untuk menstruktur semula kos operasinya.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Tengku Datuk Zafrul Aziz Tengku Aziz berkata, MSS tersebut adalah bersifat sukarela dan diperkenalkan setelah mengambil kira struktur kos operasi semasa, selain usaha bank untuk meningkatkan kecekapan perniagaannya meliputi kesemua francais.

Beliau berkata, langkah tersebut menepati rancangan pulangan terhadap ekuiti dan kos terhadap perbelanjaan yang telah digariskan bank itu untuk masa depan.

“Malah, skim seperti ini sering menjadi permintaan oleh beberapa kakitangan kami di Malaysia dan Indonesia. Maka MMS ini adalah jawapan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zafrul Aziz lagi, pelaksanaan MSS itu turut mendapat sokongan daripada Lembaga Pesuruhjaya (BoC) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah CIMB Niaga.

Tambah beliau, tawaran seperti itu tidak pernah dilakukan sejak penggabungan Bank Niaga dan Lippo Bank tujuh tahun lalu.

MSS tersebut adalah berasaskan secara sukarela dan semua kakitangan yang memohon untuk menyertai skim itu perlu menghantar permohonan masing-masing sehingga 29 Mei ini dan mereka yang berjaya akan menerima pakej berdasarkan jawatan dan tempoh perkhidmatan selain pilihan untuk melanjutkan perlindungan kesihatan selama tiga t

Catat Ulasan

0 Ulasan