Iklan billboard Selamat Hari Raya Gambar Babi

Iklan billboard Selamat Hari Raya Gambar Babi

Macam-macam hal tentang isu terbaru gambar babi pakai songkok tetapi disangkal ianya gambar beruang.

Aku pun tak tahu samada syarikat itu kurang sentiviti atau kita terlalu sensitif...hehehehe.

Jika benar itu gambar beruang, clear it out dengan gambar betul-betul macam beruang. Yang aku conpius ialah hidung dia kot, menyebabkan salah faham berlaku.

Janganlah kita viralkan cerita ni.. ini hanya kes terpencil yang berpunca dari salah faham.

Takkan syarikat luar nak letak gambar babi kot...mereka berniaga dan sudah tentu apa jua tindakan ia mesti menjaga hati pembelinya.

Laporan Polis berkenaan Iklan billboard ucapan Selamat Hari Raya berlatarbelakang gambar babi bersongkok di Pavillion KL.

Tarikh / Masa : 05/07/15 @ 0922hrs

Fakta Kes :
Pada 05/07/15 jam lebih kurang 0730hrs pengadu bersama Insp Awang Jaafar, Kpl 74485 dan Jurufoto Konst 184919 telah terima maklumat berkenaaan ucapan Hari Raya berlatarbelakangkan gambar babi bersongkok di billboard Pavillion Bukit Bintang.

Terdapat gambar iklan yang dipamerkan pada skrin billboard digital iaitu gambar Babi berpakaian baju melayu dan bersongkok dengan ucapan Selamat Hari Raya. Gambar ini telah diselangselikan dengan gambar yang lain.

Hasil siasatan
Jam l/kurang 9.30 Pagi sampai dihadapan pavilion bersama Dsp Chua, dan Pegawai DBKL bernama Insp. Baharum.

- kesemua ada 28 papan Ikan Eletronic dari jalan Raja Chulan ( hadapan Cosway ) mengelilingi pavilion sehingga jalan Bukit Bintang ke Simpang jalan Bukit Bintang / jalan sultan Ismail.

- siasatan secara dekat dengan gambar iklan mendapati gambar tersebut adalah seekor beruang Dan mascot milik syarikat SERVCORP daripada Australia.

- syarikat OOHM yang mendapat tender yang diluluskan oleh pihak Perlesenan DBKL Untuk pasang disekeliling Bukit Bintang.

- pihak polis sedang dalam usaha menghubungi peg DBKL Untuk Matikan papan tanda yang mengiklankan sehingga siasatan selesai. Buat Makluman Datuk Seri. Siasatan diteruskan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

ahhh sudahhh, ni kerja manusia yang tak bertanggungjawab mana pulak nih...
Unknown berkata…
Sebelum memasang iklan papan tanda mestilah mendapat permit kelulusan DBKL lebih dahulu.
Dalam hal ni pihak yang tidak sensitif ialah Pengarah2 dan pegawai2 DBKL.
Kalau tak silap aku Pengarah2 DBKL ramai bangsa Melayu. Tapi ada kemungkinan Pegawai2 Melayu DBKL tak kenal binatang yang dipanggil "babi" dan "beruang".
Tapi wlu bagaimana pun aku pasti mereka kenal apa yg org2 Indonesia sebut "ber uang".