Mencakar kembali penggolakan yang timbul dari isu beban kerja guru-guru. Saya menerima banyak pandangan melalui facebook coretan beban kerja guru. ( Sila pergi Hanif Bin Idrus Facebook).
Masalah timbul apabila emosi menguasai pemikiran. Ramai yang mengata Hanif tidak menghormati guru. Padahal apa yang saya maksudkan bukan tentang profesion guru itu sendiri tapi skopnya adalah bebanan kerja.
Ramai mengatakan "busylah", "tension kerja banyak" dan pelbagai istilah yang kita sendiri pernah katakan. Namun apa itu beban kerja, adakah ia boleh dinilai dan dikira melalui data. Tak mungkin!!!
Kerana kesibukan dan bebanan kerja melibatkan beberapa faktor.
a) Pengalaman
Pengalaman pekerja baru dan lama sememangnya amemberi impak yang besar tentang bebanan kerja. terutama dari segi teknik melakukan kerja tersebut seperti pergaulan atau komunikasi dengan pihak2 tertentu. Atau pengaruh kita melalui pengalaman kerja kita yang lama. Lagi lama kita kerja, lagi banyak rakan2 dan kemahiran manipulasi sistem.
b) Pengkhususan.
Pengkhususan bermaksud setiap hari kita lakukan kerja tersebut, maka lama kelamaan kita pasti jadi mahir. Macam operator atau guru, mula2 mengajar terasa kekok tapi bila setiap hari lakukan kerja itu...semuanya di hujung jari. Oleh yang demikian apa jua kerja yang kita lakukan, jika diamal setiap hari pasti kita akan menjadi cekap. Kalau tak cekap juga memang ada masalah genetik kot.
c) Pengurusan masa
Istilah popular di sektor swasta, jika pengurusan masa tidak cekap dan tak tahu nak ikut deadline. Maka semua kerja akan tertangguh dan mulalah terasa beban kerja. Padahal orang lain boleh pegang 8 beban kerja dan kau yang pegang 2 beban kerja lak yang tension.
d) Komunikasi
Jika betul2 beban kerja tu membebankan anda, cubalah konimukasi dengan ketua. That the right thing. Jangan dah timbul masalah baru nak cakap kat boss "Saya ada 10 tangan kah..nak buat semua kerja". Rak pasal2 gaduh ngan boss.
Komunikasi bukan bererti kita tolak kerja tapi menunda masa deadline yang diminta. Jika deadline tu very important mugkin ketua anda akan memberi bantuan atau assign seseorang bantu anda.
Itu sebab saya kata bebanan kerja yang diuar-uarkan oleh guru ni sebagai satu novel picisan sahaja. Saya tiada pengalaman sebagai guru dan HAK untuk mempertikaikan kerja guru bukan bidang saya. Namun saya rasa istilah beban kerja ni patut ditukar kepada istilah yang lebih mesra.
0 Ulasan