Semalam pada 31.03.10, melalui tv3 saya menonton guru sekolah dibebankan kerja yang berlebihan dan secara tak langsung tumpuan kepada pelajar amat kurang.
Oleh yang demikian, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk kaji pemasalahan sebenar.
Kadang kala saya merasa amat terguris atau terasa, semua pihak berkobar2 mengatakan bebanan kerja yang melampau.
Padahal pada pandangan peribadi saya, menjadi guru amat bertuah..Secara umumnya, kerja lima hari sahaja, kalau cuti sekolah dia pun join sama..elaun dan gaji sekarang pun nampaknya jadi cikgu minimum pun RM1800. Tambah lagi kalau buat kelas tuisyen..lagi masyukkk..
Walau apapun saya tetap agungkan guru yang menjadi tunjang mendidik anak watan negara ni. Itu pronsip tetap mekar di hati saya. Guru tetap saya hormati walau muda ataupun tua.
Namun dengan tangga gaji dan pelbagai elaun, untuk saya berbaloi dengan bebanan kerja yang diberikan. Yang penting untuk saya..kembali kepada prinsip pertama menjadi guru..khidmat kepada anak-anak atau pelajar kita. Selagi niat itu ada, bebanan kerja bukan satu alasan.
Bak pepatah melayu berkata..Jika dah suka....kau cakap apa pun dia tetap buat dekkk ajer..
Jangan marah guru2.. saya takut bila bebanan kerja ni diuar-uarkan secara tak langsung atau psikologinya...jika diberi sedikit kerja tambahan maka banyak komplen yang keluar. Biasalah manusia ni ni..dulu kalau banyak kerja tak komplen tapi bila dah keluar media..Banyak lemak bila suruh buat macam2...
0 Ulasan