Demam denggi berdarah (Pengajaran)

Demam denggi berdarah (Pengajaran)

Pada minggu lepas isteri rakan sekerja saya di tahan wad ICU kerana
mempunyai jangkitan demam denggi berdarah.
Pada hari ini saya temui rakan saya dan beliau memberitahu isterinya
semalam baru sahaja dibenarkan pulang. Isterinya sudah lima hari di
tahan di hospital dan pada hari ini perlu dibawa ke klinik kerajaan
untuk diperiksa darah kembali.
Peristiwa yang pertama kali saya lalui secara dekat melalui kes rakan
saya memberi saya satu pengalaman dan infrormasi yang ingin saya kongsikan.

Menurut rakan saya, isterinya hampir 2 minggu demam. Pada mulanya hantar
ke klinik dan setelah makan ubat klinik, isterinya beransur pulih.
Kemudian selang beberapa hari demam kembali, pergi ke klinik dan makan
ubat. Tapi masih belum pulih lagi.

Masalahnya semasa kes ini berlaku, isterinya hanya muntah2 dan tidak
selera makan serta lemah2 badan. Simtom2 lain tidak kelihatan. Namun
untuk ditakdirkan, beliau membawa isterinya ke hospital, lalu pihak
hospital memeriksa darah isterinya dan mendapati isterinya menghadapi
demam denggi berdarah.

Isterinya serta merta ditahan di wad ICU. Pada masa itu rakan saya
mengatakan betapa paniknya ketika itu dan hampir hilang punca untuk
berfikir. Namun kekuatan dirinya banyak membantu dirinya menghadapi
saat-saat sukar ini.

Disini saya ingin memberitahu pada semua rakan-rakan, jika anda demam 5
hari lebih baik pergi ke hospital. Ini kerana simtomnya amat berbeza.
Saya rasa ini yang berlaku pada arwah Din Beramboi yang meninggalkan
kita kerana demam denggi berdarah.

Dan pada masa yang sama, rakan saya memberitahu pada saya. Demam denggi
berdarah ini tiada ubatnya. Sepanjang isteri beliau di ICU, cara
perubatan hanya memasukkan glukosa pada saluran darah isterinya. Beliau
sendiri bertanya kepada doktor kenapa isterinya tidak diberi apa-apa,
menurut maklumatnya tiada ubat untuk demam denggi berdarah ini. Cara
perubatan ialah masukkan glukosa sahaja.
Ini memberi saya satu kesimpulan, antibodi badan dan semangat memainkan
peranan yang penting dalam menghadapi demam denggi berdarah ini.

Menurut maklumat rakan saya, nyamuk aedes iaitu pembawa demam denggi ini
aktif pada waktu subuh ( 6.00am - 8.00am) dan petang pukul 7.00pm (
waktu nak maghrib kot). Saya mencadangkan tutup pintu dan tingkap rumah
anda.

Saya juga mewakili pihak rakan saya ingin mengucapkan kecekapan pihak
hospital Melaka yang begitu aktif dalam hal-hal sedemikian. Keprihatinan
mereka bukan hanya pada polisi mereka tapi ditunjukkan pada masyarakat.
Tahniah hospital Melaka.

Kedua, syabas kepada para doktor di hospital Melaka kerana mempunyai
kesabaran yang tinggi. Ada satu peristiwa di wad ICU, rakan saya
saksikan, seorang jururawat cuba menyucuk jarum kedalam tangan seorang
warga emas ini. Tapi kerana degilnya warga emas ini, setiap kali nak
cucuk dia tarik keluar. Lalu doktor ini pun datang dan memujuk dengan
suara yang halus. Rakan saya kata; "Sabar betul doktor ini, kalau aku
dah kena maki makcik ni"

Ini adalah coretan kehidupan mangsa yang melalui demam denggi berdarah
ini. Syukur kerana isteri rakan saya selamat atas keberkatan kesungguhan
rakan saya dan belas kasihan Ilahi.

Catat Ulasan

0 Ulasan