[Fwd: Advertise your blog]

[Fwd: Advertise your blog]

Blog adalah salah satu wacana sosial media pengiklanan samada dari segi pemikiran dan perniagaan.Setiap blog dibuat sering mengalami  satu masalah  yang utama iatu FOLLOWER. Maksudnya adakah rakan-rakan mengetahui kewujudan blog kita. Perkara pertama dalam mengiklanblog sudah semestinya melalui kenalan rapat dan saudara mara. Sumber teleomunikasi mudah di lakukan samada melalui telefon, sms, e-mail atau perbualan mulut. Dalam blog kita mesti benar-benar fahami, KUANTITI  adalah penting. Tanpa kuantiti (pembaca), jangkauan yang kita harapkan tidak akan tercapai.

Kedua, maintenance blog, maksudnya adakah kita mampu menyuntik maklumat-maklumat kepada follower kita dari masa ke semasa. Ini amat penting kerana kawalan kepada follower adalah perlu. Kawalan tersebut adalah melalui maklumat.
Tapi tidak perlu gusar, yang penting anda harus memenuhi kriteria pertama.

Kenapa? Setiap follower anda pasti mempunyai alamat e-mail, ambil alamat e-mail mereka dan apa jua maklumat terkini anda e-mail kepada mereka.  Dan pada masa yang sama anda update blog anda.
Oleh yang demikian, berbalik kepada persoalan asal, mencari follower...

Disini saya ingin memberi tips yang penting bagaimana mencari follower.

Melalui rangkaian laman sosial seperti Facebook. Melalui Faceboook sahaja anda mempunyai pelbagai cara untuk promosi  blog anda.
Pertama anda haruslah ada Facebook....betul tak.
  •  Dalam Facebook, melalui komen anda iklankan alamat blog anda kepada semua rakan-rakan. Automatik semua pemberitahuan anda akan keluar sebagai pautan di laman facebook rakan anda.
  • Kedua melalui profile atau privasi aplikasi, pastikan profile and boleh dilihat (visible) oleh semua pihak ( setiap orang)
  • Anda ujudkan facebook yang promosi blog anda. Anda mempunyai satu laman di facebook khas untuk blog anda.
  • Anda sertai rangkaian facebook bertemakan blog-blog, sertai mereka dan promosi blog anda.
  • Iklankan blog anda di facebook, ada sedikit bayaran tapi kadar yang berpatutan.
  • Selain itu laman-laman sosial yang lain seperti twitter, Digg, Friendfeed dan StumbleUpon juga membantu promosi blog anda
  • Selain rangkaian facebook bertema blog, anda jua boleh sertai rangkaian lain seperti  kumpulan Utusan, Politik dan lain-lain. Ada kumpulan ini tidak membenarkan komen di Dinding,  tapi anda boleh selitkan setiap perbincangan topik untuk promosikan blog anda.
Kedua anda boleh layari laman-laman web yang memberi tips untuk promosi blog anda atau sertai blog-blog yang sesuai dengan anda sebagai follower. Kemudian pada masa yang sama anda promosi blog anda melalui comment setiap blog. Contoh  promosi  blog dan blog2 lain,
  •  http://askowen.info/
  • http:mintblogger.com

Ketiga adalah cara yang luarbiasa tapi efisen. Anda boleh iklankan blog melalui seperti Mudah atau adspot. Pada dasarnya laman-laman seperti ini adalah untuk menjual barangan tapi apa salahnya kita menjual produk dan blog anda di laman ini. Yang penting PROMOSI!!!
Jika berani iklankan di You Tube atau e-bay.

Terdapat pelbagai cara untuk promosikan blog tapi tak semestinya blog anda akan menjadi tumpuan. Namun jika anda tidak mencuba, anda pun tidak tahu hasilnya nanti.
Walau apapun anda mesti mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mengaptasi laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain.

Selamat mencuba dan jangan lupa jika dah log laman-laman sosial ini, mesti sentiasa maintain dengan idea dan info.

PS: Sekarang jika nak post  information tak perlu  buka blog, hanya taip kat  e-mail anda dan hantar ke alamat blog anda. Secara automatik issue anda akan diterbitkan. Tahu kan??

Catat Ulasan

0 Ulasan