Kisah yang tidak sempurna adalah coretan mengenai realiti dalam kehidupan yang penuh liku-liku samada sabagai sahabat, kakak, abang, suami atau isteri.
Kehidupan ini realitinya tidak sempurna. Jangan sesekali kita terpengaruh akan imaginasi " Happy ever after". Dalam kehidupan ini dugaan yang mendatang adalah sebagai ujian kepada kita. Itulah kekukuhan iman yang di uji dan sebagai peringatan kepada kita.
Dalam kehidupan sebagai suami atau isteri, salah faham mesti terjadi. Adakala suami yang mulakan atau isteri yang mulakan. Betul kata orang tua-tua, jika dalam sesesuatu perkahwinan itu dua-dua keras hati maka tak kekal lama. Mesti ada yang mesti mengalah, bukan kerana lemah tapi terpaksa. Ini adalah resepi dalam perkahwinan.
Tapi jika asyik nak mengalah bosan gak... tapi niat hati yang berkata aku mau hidup selama-lamanya dengannya memberi kekuatan ini. Terpaksa!!!
Namun pasangan itu mestilah memahami kenapa suami atau isterinya berkecil hati..ini tak der buat bodoh ajer...tu pun pening gak..
Pendek ajer nak tulis kerana tiba-tiba pemikiran ini teransang akan pemikiran hari Sabtu ini dan ingatkan diri ini kisah tak sempurna...
Bagus gak blog ini..boring2 boleh tulis..samada untuk tatapan umum atau utk kepuasan kendiri.
0 Ulasan