Episod 2
Kepadatan penduduk memainkan peranan yang penting tapi kenapa negara membangun yang mempunyai kepadatan penduduk tidak mampu membuka pasaran domestiknya secara meluas.
Sebabnya melibatkan pendidikan yang tidak meluas. Negara membangun walaupun dikatakan mempunyai kadar kepadatan penduduk tinggi namun pendidikan yang tidak sekata membri impak yang kuat. Sebagai contoh ialah negara Amerika boleh dikatakan penduduknya mempunyai kadar buta huruf kosong. Jika adapun peratusnya tentu kecil. Mengikut teori ekonomi, pelaburan sesuatu negara kepada negara lain itu bergantung kepada 2 faktor iaitu kadar upah yang kecil dan juga penduduknya yang mempunyai skil atau kemahiran serta infrastruktur yang lengkap.
Melalui pembelajaran sudah tentunya penduduk dapat mempelajari skil-skil yang baru. Bayangkan jika anda seorang pelabur yang hendak membina kilang di sesebuah negara tapi peratusan penduduknya buta huruf tinggi. Mahukah anda melabur?
Bila tiada pelaburan maka tiada pekerjaan dan bila tiada pekerjaan maka kerajaan tiada wang dan kerajaan tiada wang maka tiada pembangunan dan bila tiada pembangunan maka mundurlah negara itu.
Dan bila tiada pelaburan luar maka transformasi negara untuk menjadi pelabur juga terbantut dan negara itu akan kekal sebagai negara buruh.
Sebab keempat kenapa Amerika maju ialah kerana syarikat multinasionalnya (MNC). Apa itu MNC? MNC ialah syarikat konglomerat yang melampaui batasan geografi atau istilah moden ialah syarikat global. Syarikat MNC mempunyai modal yang besar dan ada data yang menunjukkan aset yang dimiliki oleh MNC melebihi pendapatan perkapita tahunan sebuah negara membangun.
Syarikat MNC bermakna produk yang dikeluarkan adalah dalam skil yang besar. Apabila sesuatu perusahaan itu dikeluarkan dalam skil yang besar sudah tentu harga barangan tersebut menjadi murah.
Seperkara lagi kemampuan modal mereka dalam menjalankan R&D juga memberi impak yang tinggi. Melalui penyelidikan yang berterusan MNC mampu mengeluarkan barangan yang bermutu tinggi.
Bagaimana perusahaan kita hendak bersaing dalam harga dan kualiti dengan MNC. Sudah tentu kita tidak mampu bersaing dengan mereka.
Dinegara ini perusahaan tempatan boleh kekal dalam pasaran domestik disebabkan dasar kerajaan. Salah satu dasar kerajaan ialah pengawalan harga dan juga dasar melindingi perusahaan kecil Malaysia.Jika tidak sudah lama kita berkubur dan semua produk dimonopoli oleh MNC.
Terbaru ditulis penutupnya- 6.04.2010
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor-faktor perbezaan antara negara membangun dan maju. Namun dengan empat faktor ini mampukah kita penuhi, pada tahun 2020 Malaysia bercita-cita menjadi negara maju. Pada dasarnya terdapat faktor-faktor penyumbang sebagai pengiktirafan sebagai negara maju namun adakah kita hanya mahu diiktiraf sebagai negara maju tapi di hati ini kita belum mampu mengekalkan atau mencapai status sebenar negara maju.
Pada pendapat saya, Malaysia mampu menjadi negara maju dengan syarat mentaliti rakyat harus di ubah dan termasuk mentaliti pemimpin harus bercambah dengan idea-idea ekonomi yang segar sejajar dengan perkembangan teknologi.
Yang penting "Malaysia Boleh" dan "Satu Malaysia" diterapkan kepada semua rakyat dan pembahagian kuasa dan ekonomi yang seimbang kepada semua kaum. Ya, kita pasti boleh dengan bangsa Malaysia yang satu.
1 Ulasan