Why we must polite at work..if not (see below)

Why we must polite at work..if not (see below)

Hari ini mencoret lagi tentang komunikasi yang salah dan akibat. Pada19.04.10 berlaku pertengkaran yang aku memang jangkakan akan berlaku. Cuma ianya dilewatkan kerana tiada penyebab yang kuat.
Member aku sorang ni, pertama ianya suka melarikan diri dari kerja, dimana jika ada masalah e-mail ajer sudah cukup. Kemudian jual nama kau bahawa kau sedang uruskan masalah tu dan tolong cari kau. Lalu apa tugas dia....mengalihkan masalah kepada orang lain... Itu pun aku sabar lagi...
Kemudian bawa mulut atau komplen. Memang cukup handal kalau komplen orang..masalahnya boss dia pun boleh percaya bulat-bulat. Itu hari komplen pasal budak aku... itu dah lebih. Itu dah kira mencabul kawasan aku. Dia ingat dia bagus sangat ker.. Kerja perfect..jalan pun macam OKU jerrr...
Kerja pun melepaskan batuk di tangga...
Ada lagi...dia dengki dengan semua produk aku..Taulah dia ada autoriti tahan atau kata org putih "rejectkan" part aku. Tapi yang ini melampau...semua mesin aku direjectkan dan setiap mesin berkali2 di rejectkan. Itu pun aku tak marah sebab aku kan profesional... Tapi sebagai org yang berjawatan...jika itu jer kerja kau tanpa ada idea nak improve baik kau jadi operator reject..hahahaha.
Akhir sekali nak jadikan cita..ada ler customer aku rejectkan barang..Dia kata production problem..lepas tu aku panggil dia..dia buat bodoh ajer.. Tak mahu sahut pun panggilan aku..
Aku dah mendidih...
Lepas habis kerja dia..aku tunggu kat pejabat dia..Aku maki dia pekak,bodoh, monyet dan  kata2 yang tak berapa pedas kalau ikut standard marah aku pada masa itu lerrr...

Akhirnya juga kau ngan dia kena kaunseling..namun akupuas hati..Aku nak ingatkan dia jangan main2 ngan aku. Kalau kau lebih2 atau usik kawasan aku..AKU cari kau..Aku tunggu kau..macam aku tunggu dia, nak maki dia..
Aku pun tak ada niat nak marah.. tapi perangai kebudak-budakan kau, bila aku panggil kau tak menyahut..kau ingat kau sapa!!!
Padan muka dia...
Lagi satu..yang dia komplen tentang budak aku, rupanya tipu ajer.Padahal mereka berdua bergurau suka sama suka...Malukan..
 Aku sekarang berpegang pada prinsip..Jika kau buat jahat,,satu hari nanti pasti kau kena..
Aku pun tak tahu..boss dia dah sedar atau tak? Kalau aku jadi boss dia akupun malu.percaya bulat2 dan umpama meludah ke langit terkena muka sendiri...
Blog ini hanya luahan pendapat aku yang mau lepaskan marah ini. Kalau ikut stail aku..aku memang akan cari gaduh lagi ngan dia...Sampai dia serik betul2. Tapi malasn ler..kita pun dah matang..tak layan monyet2 yang kurang matang...

Catat Ulasan

0 Ulasan