Mencari makna keadilan

Mencari makna keadilan

Mencari makna keadilan ialah satu isu yang memberi seribu pengertian yang berbeza.
Baru-baru ini kes yang berlaku, pegawai polis menembak mati remaja berusia 15 tahun.
Isu ini saya melihat diperbesarkan BUKAN oleh masyarakat tapi oleh ahli politik. Dan bila
ahli politik berbicara, sudah tentu media akan berbicara, pabila media berbicara pelbagai
kesimpulan yang dibuat oleh masyarakat.
Bagi saya, isu ini kita mesti kaji dari akar umbinya...
Saya tertarik semalam apabila Ketua Polis Negara berkata... anak-anak ibu bapa yang baik
kena jaga anak mereka..kalau kata anak-anak ibu bapa yang jahat..nanti marah lak ibu bapa..hehehehe.

Berbalik pada akar umbi yang saya kaitkan pada kata-kata Ketua Polis Negara.
a) Pertama, dari mana remaja itu memperolehi kereta untuk bersiar-siar?
b) Kedua, pagi-pagi buta keluar..ibu bapa mereka tak sedar ker?
c) Bagaimana pada permulaan mereka boleh belajar bawa kereta? Siapa yang ajar?
d) Kenapa pihak polis tidak memberi amaran sebelum menembak?

Ceritanya mudah sahaja..pada pendapat saya..perkara ini berlaku di masa dan ditempat yang salah....

Seperti mana semua remaja, pastinya nakal. Suka melanggar peraturan dengan darah muda mereka. Kita pun dahulu remaja
tau-tau ajer ler perangai remaja ini.
Pada suatu hari, mereka mencuri kereta seseorang ( sedara, ibu,bapa atau abang), remaja ini ajak rakannya ronda-ronda pagi.
Tiba-tiba terserempak ngan polis..mereka tau, mereka tiada lesen dan menyalahi undang. budak2 bila tgk polis mesti nak lari punya.
Di sebabkan kelam-kabut mereka, polis syak sesuatu, lalu buka siren dan kejar.
Remaja ini cuba melarikan diri..dalam panik mereka terbabas.
Kawan remaja ini dapat larikan diri..
Manakala remaja yang panik ini cuba melarikan diri dengan kereta lalu berundur..dan kesudahannya di tembak.

Lihat dari sudut pihak polis..menjalankan tugas pada pukul 2 pagi..lihat kereta yang disyaki. Bunyikan siren, kereta tersebut memecut lari.
Mereka kejar dan kereta tersebut terbabas.
Bayangkan anda seorang polis yang menjalankan tugas pada pukul 2 pagi dan mengejar kereta. Apa yang anda fikirkan..Kalau
tak perompak mesti penyamun. Sekarang ni penyamun semua ada senjata api.
Tiba2 remaja berundur.. dan polis tu terpaksa menembak..

Saya tidak menyokong kedua-dua pihak, namun takdir yang berlaku adalah kehendak Allah. Peraturan kerja dan peraturan keluarga adalah asas disiplin.
Pihak polis pasti ada prosedur sebelum menembak dan keluarga tersebut kena kaji disiplin anak2 mereka.
Saya tidak berani membuat kesimpulan kerana takut melanggar undang2 negara lak..ini cuma komen saya.
Biar undang2 menentukannya, di harap media dan orang ramai faham isu panas ini jangan dipanaskan lagi.
Bagi saya ketakutan kedua-dua pihak adalah unsur utama membuat perkara ini tejadi..
Saya berharap perkara ini menjadi iktibar kepada saya agar mendidik dan memerhati anak2 saya.  Tak ler percaya budak2 ini..
Thanks



Catat Ulasan

0 Ulasan