Pada malam yg panas ni, aku terperosok menyepi diri di tilam yg kurang
empuk ini. Menambahkan bisa2 urat yg pedih ni. Sambil melawan kudrat
mata yg semakin lemah. Ingin berbicara tentang madah bercinta. Umur
tidak pernah menghalang aku bermadah tentang cinta. Aku insan yg
agungkan tentang cinta dan sayang. Cinta kpd tuhan, keluarga dan
ibubapa. Bukan berbicara tentang cinta remaja. Namun sesekali ada juga
terlanjur bercerita tentang cinta kekasih. Manusia yg mempunyai sebuku
nafsu pastinya akan bercerita tentang gender lawannya. Tentang
imaginasi cinta kekasih. Menyungkap kisah2 cinta dahulu yg asik tanpa
mempeduli org2 disekelilingnya. Teringat perbualan tlpn yg berlanjutan
entah berapa lama. Namun tidak pernah bosan. Menatap wajahnya,
senyumnya dan marahnya, adalah pengubat rindu. Membelai kehalusan jari
tangannya, memberi satu kekuatan yg tidak mgkn ingin dilepaskan.
Hamburan naskah2 cinta ku berikan, idea dtg mencurah krn cinta yg
mendalam. Itulah cinta manusia. Itulah kisah cintaku. Dan syukur cinta
itu msh mekar mengembang dan ianya takkan layu. Walau kadang2 pelbagai
dugaan mendatang, hanya satu ku pegang. Ia adalah kekasihku dan aku
ingin hidup selama yg mgkn dgnnya. Pabila prinsip itu menjadi pegangan
maka, mau x mau kita harus bertoleransi. Tapi aku x mau berkata besar,
krn dlm masa 5 tahun, 10 tahun adakah aku msh memegang kemekaran cinta
itu. Biarlah masa menentukan, bukan aku x percaya pada diri tapi ianya
perlu utk memberi aku kesedaran mengingatkan diri ni agar jgn
melakukan kesilapan. Cinta padaku adalah sangkar yg menghalang
seseorang melakukan tindakan bodoh krn jika ia faham erti cinta, ia x
akan melukakan cinta itu. Aku ingin selamanya brd dlm sangkar cinta
ni. Tamat sudah madah aku tentang ertg cintaku. Hormati cinta itu krn
bukan mudah utk kita mencintai seseorang dan amat sukar utk seseorang
mencintai. Hargailah!!
0 Ulasan