Kereta langgar tembok kecil

Kereta langgar tembok kecil

Pada malam semalam 14.06.2010 aku ngan wife aku baru balik kerja. Wife
aku tetiba kata kat aku "Bang, jom makan mee kari. Teringin lak nak makan".
So sebagai suami yang penyayang aku pun pergi ke kedai tersebut. Tak ler
jauh sangat. Kedai tu memang popular dengan masakan mee kari dia, tapi
sejak kebelakangan ini asik tutup ajer. Itu hari pada ari Ahad ingat nak
makan kari jugak , tapi tutup jugak. Entah ler mgkn dah kaya kot..
Sambung balik, so aku ngan bini aku pun pergi ke sana. Ingat nak parking
tepi jalan mengadap kedai tu. Tapi bini aku kata baik parking sebelah
kedai ajer, nanti senang nak balik , tak yah pusing2. Aku kata "OK ler".
So untuk memusing kereta ke sebelah sana, aku terpaksa masuk lorong kat
taman dan buat U-turn supaya senang nak melintaskan kereta.
Masa aku nak masuk lorong taman tu aku pi langgar pembahagi jalan lak.
Peh!!! masa langgar tu bunyi dia..Kruk..krekk..krumm...dan ditambah ngan
bini aku menjerit. Dalam hati aku, adusss...apa ler yang aku sondol ni...
Aku pun berhentikan kereta.. masa tu kereta aku dah melepasi tembok tu..
nasib baik tak besar tembok tu. Tapi pecah dua gak tembok yang aku lalu
atas dia..
First2 aku check sport rim aku ..dalam hati jangan ler kemik. Baru beli
maaa...Tgk dari sepantas kilat macam Ok ajer...
Pada masa yang sama, semua orang kat kedai sana pandang aku, aku buat
bodoh ajer. Bini aku pandang aku jer..dia tahu kalau tengah muka
panik baik jangan tegur...
Aku tgk macam OK jer..lalu aku pun singgah kedai kari tersebut. So aku
ngan bini aku pun makan mee kari..Tapi masa tu hati aku memang tak
senang duduk..
Bini aku senyum sambil kata " Apalah bang ni, tembok pun tak nampak"
Aku berkata " Tu ler, macam mana tak nampak, mgkn penat bekerja kot, tu
yang tak nampak"
Bini aku berkata lagi " Ya ler tu"
Geram aku... lalu aku kata " Tu ler, abg nak parking tepi jalan suruh
corner kat depan kedai. Tgk apa dah jadi"
Bini aku ketawa ajerrr..
Masa makan aku terperasan lak kat tepi side skrit aku pecah...lagi hati
tak senang.
Aku pun makan sambil membebel macam mana aku boleh terlanggar tembok
tuuu....
Habis makan, cepat2 aku pun balik umah .
Sampai umah aku check belah bawah keta.. PEHHHH!!! abis bergesel ngan
tembok tu.. panjang gak...nasib baik tak kena tangki minyak. ( Aku nak
amik gambar tak cantik lak)
Lepas tu kawasan yang berkarat tu pun dah lopong...hehehehe.
Aku tak puas ati, aku cuci keta malam tu jugak...
Lepas tu aku check balik ... hemmm....lagi sakit ati hati. Dah ler side skrit
aku pecah..kat bawah pun boleh tahan gesel dia dan ditambah lagi lak ada
karat yang berlopong..
Fikir punya pikir, sabtu nak pi sembur anti rust kat bawah keta...tutup
karat 2 tu..
Lepas tu nak tanya kedai, side skrit yang murah2 nak beli... untuk
pengetahuan side skrit kalau nak beli kena beli berpasangan.. kiri dan
kanan......
Ni semua nak duit ler ni....
Macam mana ler aku ni punya ler cuai...dari malam tadi tak ler tidur
geram punya pasal. Geram kat diri sendiri. Tapi bila pikir balik kalau
tak langgar tembok tu, aku tak tau gak ada karat terlampau kat bawah
keta kau tuuu...hehehehe.
Apa nak buat, ni salah aku bro.....Waaaa.....

Moral cita ni...JANGAN MEMBEBEL SEMASA MEMANDU...

Catat Ulasan

0 Ulasan