Melaka Wonderland theme part and resort

Melaka Wonderland theme part and resort

Pada 08.06.10, aku, isteri dan anak2 pergi ke Melaka Wonderland yang
baru dibuka kepada orang ramai. Aku sebenarnya pun tak ketahui bahawa
ada pusat tema air yang baru di buka di Melaka. Aku dengar pun dari
rakan aku yang telah pergi ke sana baru-baru ini.
Tujuan pergi pun kerana sempena cuti sekolah ini dan janji ku pada anak
pompuan aku yang telah habis peperiksaan pertengahan tahun ni nak bawa
jalan2. Yalah tiap2 hari mak dia meleter suruh belajar, blum campur lagi
ngan adik ipar aku , ngan nenek dia dan termasuk aku..hehehehe. Tapi
kalau tak marah ...hemmm...memang malas nak belajar. Itu hari
peperiksaan bulanan anak aku dapat semua A..(bangga dan riak) cuma yang
slek sikit ada paper dapat A jugak tapi 86% yang lain2 dapat 90% ke
atas. Automatik kedudukan tangga jatuh..Tapi tak per, yang penting USAHA
mak dia marah2 berbaloi jugak..
Berbalik pada cerita aku, So dalam kul 12.00pm aku pun bergerak dari
umah dan pergi mencari Wonderland. Rupanya sonang ajer, punya ler banyak
signboard yang tunjuk jalan ke sana..Boleh dikatakan setiap langkah ada
jer banner. Sure you semua tak sesat!!!! Walau bagaimanapun aku nak
terangkan juga, Melaka Wonderland ini terletak kat Air Keroh. Kalau kau
orang pi Mac Donalad Air Keroh atau ke Hutan Botanical Garden hang mesti
nampak signboard Waterworld. Senangkan!!
Setelah penat memandu, akhirnya sampai jua kesana... Parking agak besar
jugak.
Mula-mula amik gambar depan pintu masuk ke Wonderland, aku tukang amik
gambar.
Lepas tu aku beratur nak beli tiket kat kaunter, mak oiii...boleh tahan
mahal gak..Kalau hari biasa harga tiket RM26 dan kalau public holiday
atau cuti sekolah RM30. Tapi yang bagusnya untuk kanak2 yang bawah 3
kaki tak yah bayar. Aku suruh bini aku ukur anak aku, dengan confindent
my wife kata , " Haziq ni mesti lebih 3 kaki punya". Aku kata pi ukur
dulu..so bini aku pun ukur..fuhh!!! bawah 3 kaki. Pendek gak anak
aku..kekekeke.
So aku dengan bini aku dan anak pompuan aku kena ler RM85. Tukang tiket
tu ksi tag kat tangan (alah macam tag kat Genting Highland). Mula-mula
mak guard check bag takut aku bawa makanan,. Untuk pengetahuan makanan
tidak dibenarkan masuk. Tapi lepas gak jugak cekeding yang aku beli tu
aku sorok kat bag lain.
Mak Guard tu ikat ler tag tu kat tangan, aku dan keluarga aku pun masuk
dalam. Rupanya ada perkhidmatan buggy, kalau malas nak jalan ada kereta
kecik (alah macam keta golf) bawa pi. Kena RM2. Aku buat tak pandang
ajer, takkan jalan sikit pun nak naik buggy!!!
So aku dan keluarga aku pun jalan kaki. Tempat pertama ketemu ialah
pantai buatan. So aku dan keluarga aku pun cari pot baik2 punya. So
aktiviti mandi pun bermula.
Aku tengok ramai pakai pelampung, aku tanya orang kat mana ada sewa
pelampung. Aku pi kawasan tu dan terdapat dua jenis pelampung yang
disewa. Jika single harganya RM10 dan jika double harganya RM20. Aku
amik double ler. Tapi kalau kita pulang kan balik pelampung tu kita akan
dapat refund. Untuk single dapat pulang RM5 dan double RM10.
Mandi ler aku ngan anak2 dan bini aku.
Pantai buatan ni ada ombak bro..suka sangat anak kecik aku. Dia kata kat
mak dia " Mama tak acin air laut ni"... Anak pompuan aku yang agresif tu
..hemm..tak dapat dikawal. Nak amik gambar pun susah..nak main
ajer...Kalau tgk gambar pun, banyak ngan anak kecik aku tuuu..Sakit hati
aku!!
Lepas tu aku dan keluarga berpindah ke kawasan lain, main kat kawasan
yang ada rumah2 dan gelongsor kecik2. Lama gak lepak. Macam biasa anak
pompuan aku dengan berani main gelongsor.
Kat belah atas ada gak gelongsor tapi yang bagak2 punya. Aku ingat nak
main tapi takut lak anak aku nak ikut. So aku lepak ajer kat situ.
Tengah main2, bini aku kata kecian budak2 ni tak makan, so aku beli
burger 2, kentang ngan epal . Aku tgh hari tadi dah makan sama wife
aku. Aku tanya ngan anak2 nak makan tak, " Tak nak lah abah. Makan
kentang ajer" So bini aku belasah 1/2 burger dan aku belasah 1.5 biji.
Peehh!! habis diet aku.
Lepas lepak kat sana, aku jak main pantai sekali lagi. Aku rasa pantai
buatan tu lagi seronok. Cuaca pun masa tu tak panas. So dengan membawa
pelampung, beg2 dan makanan kami pun turun semula. Aku sebenarnya frust
tak dapat main gelongsor besar tu..so aku amik gambar ajer.
Sambung balik main pantai.
Tgk time dah dekat 3 jam kat situ, so aku dan keluarga pun berkemas nak
balik. Aku pulangkan kembali pelampung, dapat balik RM10...hehehehe.
Sebelum balik nak amik gambar, tapi ada mamat tu baik hati amikkan
gambar aku ngan keluarga aku.
Lepas tu keluar dari kawasan , nak amik gambar kat tiang besau. Ada lagi
mamat offer nak amik gambar aku ngan keluarga aku. Aku kata kat bini
aku, "Hemm..baik hati dia orang yekk"
Then pi kat keta dan balik.
Mandi kat sana kan mandi klorin, badan rasa gatal2 ajer..hehehehe.
By the way, yang penting anak2 aku gembira, bini aku gembira. Itu sudah
cukup.
Thanks

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Seronoknya dapat main air.. Huhu