Ikan Bakar, Polis dan Baju Raya

Ikan Bakar, Polis dan Baju Raya


Pada 10hb July kul 10pm aku dan kwn2 aku pi makan ikan bakar. Ikan bakar dibelanja oleh kwn sekerja yg dah naik pangkat. Mau x mau kena belanja sebab dah kena paksa. Mula2 maklumat kata nak mkn kat ikan bakar umbai. Lepas tu tukau kat Anjung batu. So aku tunggu kat tepi jalan sebab umah mak mentua aku kat umbai. Bdk2 ni tinggal kat masjid tanah dan sg. udang. So pi 3 keta kat sana.

Sampai sana aku order ikan siakap 2, sotong, ketam, dan tebu lalah. Aku tanya kat kwn aku apende tebu lalah. Kwn aku nama Samad g tau "tebu lalah adalah sejenis haiwan laut yg hidup dlm lumpur laut, Nak tangkap tabur kapur" begitulah penjelasannya. Aku makan dan rasanya mcm kupang. Tapi tekak aku x ler terima sgt bende tu. So kami pun makan, member aku lak si Samad dtg penyakit sebu perut. Tak ler mkn, rugi2. Aku pun makan sampai tahap kenyang giler, sotong jer x abis sebab byk sgt. Lepas tu lepak2 dan oder teh o limau. Memang best mkn, abis diet aku..hehe. Tgh lepak kedai lak nak tutup, kul 12.30am kami cabut. Kena RM230, aku nak hulur cikit tapi dia org tak nak. Tima kacih Arifin and Halim.

Lepas tu masing2 balik, masa nak blk, aku lalu jalan  Bukit Senjuang, ada road block lak. Aku dan beberapa keta kena tahan sebab road block tu buat belah kanan tapi aku dan bbrp keta lalu kiri. Polis tu tanya aku knp x ikut lorong. Dia kata" incharge saya marah bang, knp abg x ikut lorong yg betul" Aku kata" Saya ikut keta2 yg lain, semua pi kiri saya pi kiri"  Tapi ada kejadian menarik berlaku, ada sebuah keta yg kena tahan, tiba2 lari. Aku yg lihat kejadian tu tergezut. Polis yg tahan keta tu kena marah ngan boss dia dpn2 org ramai dan aku. Kecian aku tgk,dialognya begini. "Apasal kau tahan keta tu jauh sgt!! Kalau kau kena tembak ker,  siapa yg susah. aku tak nak apa2 berlaku kat kau, biarkan keta tu lari. Jgn apa2 berlaku kat kau. Kalau apa2 berlaku kat kau, kau ingat ada org amik tau". dan bbrp bebelan. Dia ckp lagi" kau amik kerta skecik tu dan tulis no keta tu, sok kita ajau dia". Aku diam ajer, aku masa tu tgh diri kat meja tempat kena saman. Aku tak kena saman, cuma amik maklumat ajer. Lepas tu aku balik, dan tgk tv.

 Ari ni full activity aku.

Tadi tgh ari tadi teman bini aku ngan mak mentua aku pi beli kain baju melayu. tahun ni tema aku purple.Bini aku kata tahun ni gambar kat FB kena lawa2 cikit. Emm..aku senyuma jer. Abis gak ratus2 ari ni, tapi duit bini aku ler. Aku layan FB jer masa bini aku ama adik2 dia round2 kat sana hampir 2 jam lebih!!!Lepas tu bini aku ajak makan kat kampung jawa mengidam nak makan rojak. MENGIDAM!! fuh.. Kedai tu punya lah ramai org. dan sempit lak.

Tu lah aktiviti aku hari ini......
  

Catat Ulasan

0 Ulasan