kisah si pangkin tua bersambung. Hampir 2 minggu tidak menempelkan ide
di blog ni kerana sibuk ditempat kerja. Kawan baik ayahku meninggal
dunia. Kakakku baru tiba dari Perak. Semuanya membantutkan karya2
picisanku. Berbalik pada kisah pangkin tua aku nak cita kisah NG CHIN
PING. Siapa dia dan sikap dia. Dia adalah warga emas yg paling tua kat
taman mak aku tinggal. Umur dah 82 tahun tapi sihat walafiat. Cuma
dalam tahun ni dia ada buat operate mata yg rabun, masukkan kanta dan
dalam bulan 5 dia masuk hospital sebab demam. Lain2 OK. Org tua ni
memang baik hati. Kalau aku lepak kat pangkin tua tu mesti dia hulur
aku rokok bkn sebatang tapi berbatang2 sampai nak pecah dada aku. Sblm
tu aku nak cita cikit penghuni2 pangkim tua. Kat pangkin tua ni yg
muda dan tua memang lepak kat sana. CTH. Pak haji yg selalu sarapan
ngan Chin Peng. Makcik Timah yg cerewet, Tok Sidang jika jumpa PAK cik
Ketat selalu buat lawak antarabangsa. Kak Tomboy yg cuci balairaya.
Kak Ina yg kerja kat MPMB cuci pasar. Aku nak cita pasal Tomboy ni,
dia ni ibu tunggal dan Chin Peng selalu kena tipu ngan dia...HEHE.
Kalau Chin Peng suruh beli rokok mesti tak pulang duit belence.
Kadang2 Chin Peng mesti hulur duit kat dia. Itu kebaikan hati Chin
Peng, tak ler tgk org susah. Tu yg bini dia selalu marah, kasi duit
mesti abis. Duit belanja anak dia selalu hulur tiap2 bulan bkn duit
dia. Satu lagi dia ni kuat merajuk dan hati sensitif. Pernah mak aku
buang kerusi yg dia selalu duduk sebab dah buruk. Dia x mau duduk
kerusi tu lagi. Aku siap repairkan, tetap x mau duduk. Rasanya dah 2
tahun cita ni hingga kini dia x duduk. Itulah cita apek.
Aku menaip pun tgh pakai handphone ni, teman bini aku ngan mak
mentua aku beli kain sempena nak raya ni. Aku malas nak temankan. Baik
aku buat blog.
Dah siap pun.
0 Ulasan