Kisah si pangkin telah menuju ke arah penamatnya. Bukan kerana penghuninya meninggalkan tempat lepak mereka atau ada ahli2 yg telah kembali ke alam barzah. Tetapi satu anjakan perubahan yg mengubah istilah pangkin tua itu sendiri. Ceritanya begini :
Tarikh pada 18.07.2010.
Uncle Chin Peng telah berkata"Apa kata kita kongsi repair ni pondok" Dia berkata lagi sambil beberapa pasang mata memandang ChinPeng dgn tekun" Gua keluar rm300, Timah rm500, Hanipah rm200".Sudah ada rm1000 baru blh bincang" Mak aku dan Makcik Timah senyap ajer, nak kata tak boleh pun tak, nak kata ok pun tak. Petang tu Chin Peng dah panggil kontraktor datang. Estimate kena RM1600. Ptg tu Chin Peng panggil Tok Sidang nak bincang. Chin Peng berkata" Datuk, kita mau tukau ni pondok, tangan ada RM1000 tapi itu duit tarak cukup. Datuk boleh tolong tak?" Tok Sidang aku yg digelar Datuk yg tak bertauliah dgn segera menjawab" Boleh, gua kasi lu rm500" . Ingatkan dah tamat perancangan membina projek pangkin 3 ni. Chin Peng panggil kontraktor lain, dia letak harga RM800. Lalu perbincangan terbaru dilakukan. Chin Peng berkata" Kalau bikin rm800, datuk punya duit tak payah minta. Kita kongsi2 sendiri lah." Mak aku tak setuju. Nyonya bini uncle pun tak setuju. Sblm tu nyonya ngan uncle dah gaduh. Nyonya marah dgn dialognya " Itu org tua ahh.. duit belanja pun anak kasi, pandai2 mau repair ni pondok. Sapa mau bayar dia ada duit kahh" Nyonya membebel kat mak aku. Sepanjang minggu tu, memang panas ler keadaan, dgn mak aku tension ngan apek ni buat suka2 keputusan, dgn nyonya yg membebel, dan tambah satu lagi makcik Timah samada dah konpem mau bayar atau tak. Last2 mak aku kena tanya pada Timah. Nasib baik Makcik Timah jadi join. Pening layan Chin Peng ni. Memang degil dan suka2 buat keputusan sendiri. Itulah Chin Peng.
Tarikh pada 24.07.2010.
Minggu ni aku balik kat umah mak. Tarikh 24.07.2010 kul 2pm. Aku tgk tgh buat pangkin baru. Mak aku cerita, ada perubahan harga. Kena RM1360. Lalu aku tanya mcm mana nak bayar. Mak aku kata, mak kena tambah RM160 (jumlah RM360) dan nyonya RM200. Tak pasal2 nyonya kena jugak..hehe. Kul 6.30pm tadi dah siap. Chin Peng, Nyonya dan MakcikTimah komplen adeck pasang tak selari dan tinggi sgt pangkin ni. Dalam hati aku abislah tokey yg buat pangkin ni pening kpl layan 3 org tua yg cerewet. Tadi bikin pun mandur 4 org termasuk tok sidang aku memerhati tokey ngan 2 pekerja dia buat kerja. Akhirnya siap jua pangkin ni. Mlm tadi mak aku ngan aku cuci pangkin tu sebab byk habuk. Ada sikit kena touch up mcm kena cat cikit biar nampak kemas. Yg penting kisah pangkin tua telah berakhir dgn berubah bentuk yg lebih baik. Nama pangkin tua telah berkubur. Kadang2 aku lihat kecoh btl warga emas kat umah mak aku ni. Sampai rajuk2, gaduh2 nak buat pangkin ini. Idea spöntan uncle Chin Peng memang havock..hehe. That the life at Rumah Awam Bandar Hilir yg selalu bergaduh tapi hand to hand work together. Bye pangkin tua. Lihat gambar before and after.
Tarikh pada 25.07.2010.Ingatkan dah abis rupanya, setelah pangkin di bina rupanya ada kerja penyudah yang belum selesai. Terdapat sebatang pokok kelapa yang tinggi beralun MESTI dipotong. Jika tak, mesti pecah adeck baru pangkin ini. So dalam kul 10.30am, pemotong pokok pun datang. Ni ler fisrt time aku tgk macam mana org potong pokok kelapa. Ane..( panggilan kepada pemotong pokok berbangsa India) tu memang handal. Sorang-sorang dia panjat dan satu-satu dia potong. Buah kelapa satu2 dia cabut, nak elakkan buah jatuh kat pangkin baru.
Pokok kelapa punya budjet , Tok Sidang aku yang sponsor. Tapi aku tgk siap amik gambar, tentu nak claim ngan wakil rakyat atau UMNO tuuu..
Ni pun bergaduh jugak, semua bising kenapa buat pangkin sebelum potong pokok kelapa.
Akhirnya berjaya jugak tumbang pokok tu, tapi satu adeck ada pecah sikit kena dahan kelapa. Uncle Chin Peng kata " Tak per lah..itu pecah nanti kita ganti" Mak aku benggang ajer . Mak aku kata"Siapa nak bayar"..hehehehehe.
Kesimpulannya, pangkin baru telah berjaya dibuat walaupun pelbagai cabaran.
0 Ulasan