Perjudian di Sekolah!!!

Perjudian di Sekolah!!!

Perjudian yang berleluasa berlaku di sebuah sekolah di Merlimau Melaka. Awas kepada semua...

Ceritanya begini.......
Baru-baru saya tertanya-tanya kenapa anak punya pemadam banyak sangat. Pemadam jenis budak kampung yang aku kasi dah tak der tapi ada pelbagai jenis pemadam yang lain kat dalam pensel box dia. Anak aku sekarang darjah satu.
So aku tanya anak aku" Hanis, abah nak tanya boleh tak".
Anak aku menjawab " Boleh abah, tanyalah" anak aku menjawab.
Aku mula bertanya " Apasal dalam pensel kau ni banyak sangat pemadam. Kau curi budak -budak lain punya pemadam kerr". Hati aku risau dan tertanya..jangan2 anak ni jadi gangster kat sekolah  pau budak2 punya pemadam..
Anak aku menjawab" Tak der ler abah, Hanis menang main game"
Aku terperanjat dan bertanya lagi "Game apa yang kau main sampai banyak pemadam ni"
Anak aku menjawab " Abah..nak main tak sama Hanis"
Hemmm!!!! Aku berkata " OK"
Permainan pun dimulakan....
Cara permainannya mudah sahaja...
Masing2 mempunyai satu pemadam, setiap pihak mempunyai satu kali peluang untuk setiap permainan sehingga pemadam pihak lawan di telangkup oleh pemadamnya. Jika berjaya menelangkup pemadam pihak lawan maka ia menang. Permainan ini biasanya mempunyai lima pusingan, yang memenangi pusingan terbanyak dialah pemenangnya.
(Lihat gambar cara-cara menelangkup pemadam pihak lawan)..

Sambung cerita

Pehhh!!!! mau dekat setengah aku main pemadam ngan anak aku.dah tahap bosan melampau. Tambahan lagi aku asik kalah ajer dan paling memalukan anak aku kasi aku menang dan bila ada peluang nak menang dia sajer tolak pemadam tu....  macam tak kena...

Lalu untuk menamat kan permainan..aku kata kat anak aku nak tgk TV.
Dalam masa yang sama aku kata kat anak aku " Hanis, pandai main yek.. tapi tak baik tau amik pemadam orang lain. Nanti bila kawan Hanis balik umah, mak dia check pensel box tak der pemadam..Siapa kena marah. Dan kalau Hanis kalah lak..mama check pemadam kalau tak der.. hah!!! siapa kena pukul".
Anak aku jawab "Hanis ler"...
Aku jawab balik " Tau tak per"..

Aku tak memanjangkan cerita pemadam tu sebab ini permainan budak-budak. Aku dulu pun sama jugak macam anak aku. Main selipar pakai kad. Baling kad pakai selipar. siapa menang kad dia semua dia punya.
Entahlah...aku malas nak pikir panjang-panjang...
Malahan... hari Ahad semalam anak aku tunggu aku nak ajak main pemadam lagi...Alah!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan