Ayat cinta untuk isteri?

Ayat cinta untuk isteri?

Dah lama benar tidak berpuitis. Dulu masa muda2 selalu gak aku kasi
ayat2 cinta kat wife aku masa blum kahwin. Dah kahwin pun masih kasi
tapi kadang2 ler..hehehe. Kadang2 kita lupa hendak memanjakan diri dan
memuja wife kita setelah lama kahwin. Alasan yg diberi dah ada anak,
segan ler..atau kalau kasi ayat2 power takut bini kita kata laki aku
dah buang tabiat ker. Sebenarnya untuk aku selagi manusia itu ada
nafsu dan jiwa, kata2 cinta diperlukan dalam hubungan. Aku pun paham,
setelah kahwin, tanggungjawab semakin besar. Terutama berkenaan
kewangan spt nak pikir byr duit umah, duit anak dan mcm2 duit ler.
Blum termasuk mcm2 masalah yg lain. Tapi masalah takkan habis selagi
kita hidup. Kenapa masa bercinta ada masa tulis ayat2 power dan lepas
kahwin lupa segalanya. Kita mesti berubah, zaman dulu boleh ler. Zaman
skrg pompuan ni dah byk gaulannya dan moden. Tak salah kita memuja
diri mereka kerana mereka memang suka dipuja dan dipuji!!!!. Itu
naluri pompuan. Aku cakap memang pandai tapi aku pun sama..hehe. Itu
ari masa nak lintas jalan aku pegang tangan bini aku. Bini aku kata
dah lama abg tak pegang mcm bercinta dulu..kekeke. Aku diam ajer dan
pandang muka bini aku dgn senyuman tengik. Skrg aku nak ubah dan
harapan aku semua lelaki yg dah kahwin mesti ubah. Buang mentaliti
lapuk dan suburkan cinta kita selamanya. Cinta ni mcm bunga, kalau dah
lama tak siram ngan air lama2 mati pokok tu..btl tak? Kena maintain
selalu, siram air selalu dan kadang2 kasi baja baik punya..hahaha.
Salah satu maintaining adalah ayat puitis. Aku menulis bende ni pun
sebenarnya nak motivasikan diri ni. INI ADALAH CONTOH AYAT PUITIS
AKU.. Memori lama menyusun kembali ke benakku. Ditika waktu ku ingin
menyusur diri ini di alam mimpi. Teringat akan kisah kasih dan sayang.
Teringat akan kata-kataku aku tidak mahu menjadi kekasihmu tapi ingin
menjadi pencintamu. Pencinta unggulmu hingga di penghujung nyawa
sehingga rohku diragut di tubuhku. Betapa pujangga rindu menjadi
mainan bibirku padamu. Bukan kerana aku seorang pemuisi tapi bila hati
ni tulus dan ikhlas maka ilham cinta takkan putus selamanya. Dan ku
merelakan diri ini dipenjara jauh dilubuk hatimu. Malah ku merayu agar
dikau mengunci penjara itu dan kuncinya ditanam jauh di muka bumi ni
agar sesiapa tidak menemuinya. Kerana aku mau dikau menjadi milikku.
Malahan aku berdoa agar dipenjara itu aku dirantai kukuh supaya aku
tidak mampu bergerak supaya tubuhku dan pancainderaku hanya melihat
padamu. Itulah keagungan cintaku padamu. Dan memori ni lusuh dijamah
waktu tapi pencinta ini masih ikhlas mencintaimu. Dan aku hingga kini
masih lagi terpenjara dalam hatimu dengan kerelaanku.

Catat Ulasan

0 Ulasan