Bagaimana Menulis Puisi Cinta

Bagaimana Menulis Puisi Cinta

Mood nak tengok tv tak der..dan jiwa pula tengah  tenang...mood nak tulis bende mengarut...hehehehe.... Puisi Cinta...Bagaimana menulis Puisi Cinta..

Pertamanya kualiti ayat.Kadang-kadang ungkapan cinta ini tidak memerlukan jumlah patah perkataan tapi nilai atau kualiti  setiap patah perkataan itu. Bila si dia baca mesti terusik hati dengan setiap patah perkataan itu. Sebagai contohnya ."langit yang mendung memberi seribu sedih".. tapi bila diguna seperti ini  "awan yang mendung memberiku sejuta resah" - lagi baik kann...Ayat sama tapi penekanannya berbeza..

Kedua adalah pujian. Ini amat penting bro..Pujian adalah prioriti yang utama. Ingat kata saya pada blog yang lepas. Pompuan suka dipuji dan di puja...hehehehe. Tapi jangan puji lebih2..menyampah lak dia..Pandai-pandai kau ler nak puji macam mana tapi kau anggap ler kalau dia tak ada  hidup kau musnah dan  hanya dia pengubat hati kau.

Ketiga, tatabahasa mesti lengkap. Sebagai contoh kalau vocabulary tak cukup macam mana nak tulis ayat power. Anda mesti ada ilmu bahasa baru boleh tulis. Sebagai contoh jumud maksudnya beku.
Kalau anda tahu, lagi senang nak tulis. Tak kisah ler bahasa inggeris ker atau bahasa Melayu.Tapi jangan risau , saya ada penyelesaiannya ..baca sebab keempat.

Keempat, imaginasi mesti tip top. Manusia dikurniakan imaginasi, so gunakan imaginasi anda untuk menulis ayat-ayat power. Tapi anda jangan risau, kalau anda budak sains dan bukan budak sastera yang pandai menulis mendayu-dayu, kamu ciplak ajer dari mana-mana sumber seperti dari novel-novel, internet. Tapi jangan tiru bulat-bulat, kasi adjust sikit supaya ada kena dengan jalan cinta kau. Itu sebabnya imaginasi penting jika nak adjust-adjust ayat. Aku biasa buat macam tu..tak yah pening kepala..

Kelima, sepatutnya ia jadi yang pertama... ialah keikhlasan. Jika kamu ikhlas sayangkan dia, jangan kata seratus patah perkataan malah beribu perkataan pun boleh tulis. Aku ingat dulu masa zaman sms tak der..setiap hari aku borak ngan wife (sebelum kahwin) aku ..berjam-jam sampai bil telepon kena potong..Ini cita benar ini. Kenapa? Sebab bila sayang, ada ajer idea untuk meluahkan kasih sayang...
Kata orang putih ler..Love Is Blind..
Tapi jangan kau orang terlalu buta sampai nanti kena buang  baby hang lak.. cinta biar berhemah dan ikut lunas-lunas agama.

By the way, kamu sayang macam mana pun guide line untuk menulis saya dah terangkan:
a) Jangan tulis panjang-panjang ( padat tapi berkualiti)
b) Gunakan ayat-ayat bombastik
c) Puji-pujian kepada si dia.
d) Ciplak idea-idea dan adjust kasi cantik sikit - IDEA POPULAR!!
e) Imaginasi mesti tinggi ( ni markah tambahan untuk anda)
f) Tatabahasa ( ni pun markah tambahan)
g) Keikhlasan

Aku tulis ni sebab nak kongsi pengalaman ajer, bukannya aku terer benar. Jika ada idea -idea menarik tulis kat sini. Tah-tah kamu pun ada ilmu yang lagi dahsyat.For fun broo..lagi pun jangan kata ni bukan realiti kehidupan.

Do you really love him/her?

Puisi Cinta Ciptaanku...
Mataku tidak bersedia untuk menatap kecantikanmu. Namun kecantikan, kebijaksananmu, senyumanmu, dan manismu adalah bukannya yang penting untukku kerana ianya akan pudar jua. Sebenarnya kehadiranmu adalah pelengkap dalam hidupku yang kesunyian.  Kesunyian jiwa adalah pembunuh emosi ini. Dan dikau memenuhi hati ini dan semenjak itu aku tidak pernah kesunyian. Kerana dikau adalah pembawa kegembiraan ku.

Betapa aku merasa terawang-awang dalam igauan cinta ini. Igauan menanti dirimu. Ku melihat kini betapa agungnya dirimu di kaca mataku.
I love U.

Catat Ulasan

0 Ulasan