Budak-budak sekolah boleh berkahwin di Melaka!!

Budak-budak sekolah boleh berkahwin di Melaka!!

"Majlis Agama Islam Melaka galak remaja mampu kahwin awal"

July 28, 2010

MELAKA, 28 Julai – Majlis Agama Islam Melaka meluluskan dua resolusi iaitu menggalakkan remaja yang berkemampuan berkahwin awal dan membenarkan pelajar mengandung meneruskan persekolahan mereka.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata resolusi Majlis Agama Islam Melaka bertarikh 18 Mei lepas itu adalah satu rumusan untuk mengatasi gejala sosial di kalangan remaja Melayu hari ini.

“Ibu bapa perlu menerima hakikat ini, sekiranya kalangan remaja yang mempunyai nafsu luar biasa untuk bernikah, kita kahwinkan dia dan jangan tahan,” katanya menjawab soalan Chua Kheng Hua (BN-Bemban) mengenai indeks jenayah di negeri ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata resolusi Majlis Agama Islam Melaka itu adalah rumusan bengkel sosial untuk menangani gejala sosial di kalangan remaja dan bagi remaja yang ingin berkahwin awal melakukan demikian selepas menjalani sesi kaunseling.

“Ini untuk mengelakkan maksiat kerana cara halal ini (berkahwin) lebih baik daripada melakukan perbuatan haram iaitu seks di luar nikah,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 112 kes rogol dilaporkan pada tahun lepas dan 40 kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini manakala bagi kes buang bayi, satu kes pada tahun lepas dan tiga kes dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mohd Ali berkata kebanyakan kes rogol melibatkan remaja Melayu dan pada awalnya adalah perbuatan “suka sama suka” sebelum ia diketahui oleh ibu bapa gadis yang terlibat dan membuat laporan polis. –Bernama


Hari ini  semasa aku tengah driving, radio ERA ada topik menarik bahawa MAIM (Majlis Agama Islam Melaka)..diulang Melaka.... telah memberi satu perutusan bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah dan lelaki yang berumur 18 tahun ke bawah boleh berkahwin.
Perkara ini sebelum dihebahkan pun saya terdengar ura-ura untuk mengatasi masalah buang bayi iaitu kanak-kanak perempuan yang berumur 16 tahun ke bawah jika mengandung dibenarkan berkahwin.
Perkara semestinya akan memberi impak yang besar kepada pandangan masyarakat tentang keputusan tersebut.

Walau apapun , aku memberi sokongan beribu-ribu kepada Ketua Menteri Melaka yang berani menyuarakan pendapat sekaligus merealisasikan pendapat ini (budan bodek ...)
Sekarang ini masalah pembuangan bayi semakin berleluasa, kebanyakan yang buat kerja ini adalah remaja-remaja hingusan yang tidak kenal erti kehidupan yang sebenar. Yang dia orang ingat yang tu ajer...janji best!!!.
Tup-tup mengandung...yang lelaki dah benak pikiran. Yang pompuan melalak. Kalau g tau bapa pompuan..tak pasal-pasal kena masuk lokap pasal kes Juvana...Yang bapak pulak pening kepala macam mana nak atasi masalah ini. Anak buat hal tapi mak bapak yang pening. Anak pompuan lak kecik lagi baru belas2 tahun.

Semua orang kalau boleh ingin mengelakkan perkara mengaibkan ini berlaku pada keluarga kita tapi jika berlaku, sekurangnya ada countermeasure untuk atasi masalah ini
Kalau ada perutusan ini boleh mengelakkan masalah sosial ini....maka kita sokong sepenuhnya.....

Jika budak pompuan tu mengandung..sah2 tak ke sekolah..maka habislah masa depannya. Dengan perutusan ini, masa depan kanak-kanak perempuan ini boleh dipertahankan lagi walaupun mengandung.  Kita jangan pikirkan kelakuan mereka, bagaimana membantu mereka. Kesilapan pertama mereka kita maafkan...lagipun kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab juga dalam hal ini.

Kedua, dapat cover malu untuk pompuan, sekurang-kurang ada ler sijil nikah dan anak yang bakal dilahirkan ada yang ber bin atau ber binti. Ada banyak kes anak-anak luar nikah ini tak ber bin atau ber binti. Siapa yang malu akhirnya, anak yang tak bersalah itu jugak.

Yang tak baiknya, saya rasa makin ramai ler ibu-ibu mengandung kat sekolah ..hehehe. But, yang penting bukan maksiat tapi dengan jalan yang  halal dan membantu mereka yang teraniaya. Dan kita pun nak tahu ..adakah semua pelajar ini semua gila nak kahwin...yang gatal-gatal ni tak ramai hanya segelintir ajer. Lagi pun perkara macam ni hanya berlaku pada pelajar yang singkat pikiran dan terlanjur. Pelajar-pelajar cemerlang pasti tak mau kahwin awal punya... Don't worry pada ibu bapa anak-anak dia orang kat  Melaka.

Kesimpulannnya...apa yang saya bentangkan ini hanya untuk pelajar-pelajar sekolah perempuan dengan pelajar-pelajar sekolah lelaki. Kalau pelajar pompuan dengan lelaki yang lelaki yang umur lebih 20 tahun..emmmm ...itu kasi sebat ajer kat bontot lelaki tu. Sebab, lelaki tu dah tahu kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun samada suka atau tidak jika ia mengadu ditidur oleh lelaki tersebut..emmm jawabnya BERSALAH.

Yang penting tujuan kerajaan negeri adalah untuk mengurangkan  jenayah seks, sebab mak bapak dah lost control ngan anak-anak mereka. Jangan salahkan kerjaan negeri....























Catat Ulasan

0 Ulasan