Demam, jom heboh dan accident

Demam, jom heboh dan accident

Minggu ni minggu aku demam, batuk dan sakit tekak. Pakej yg cukup sempurna. Aku dah kena hari Rabu, mula-mula bini aku yg kena. Berjangkit dari anak lelaki aku. Tup2 aku lak kena, aduh!! sendi-sendi aku macam nak terkehel rasanya. Hari Jumaat paling best, sejuk satu badan. Aku lepak kat mesin paling panas pun masih tak rasa panas. Lalu aku pi klinik minta ubat tambahan. Kakak klinik tu kata kat aku "Kau ni nep, asik nak kerja ajer. Kalau kasi mc tak mau. Kakak kenal kau". Aku tersengih ajer sambil fikir nak rasa bangga ker atau tak nak kata2 kakakSharifah ni.

Pada masa yg sama, kak Sharifah tengah diet. Sama macam aku. Dulu berat dia 102kg dan kini 90kg. aku lak masih 92kg. Mau tak mau terpaksa aku puji kakak nurse tu. Dan memang layak dipuji kerana memang nampak kurus dia. Lalu aku ngan kakak Sharifah bertaruh bulan posa ni siapa turun paling byk. Nanti aku cita dlm blog tajuk diet. Berbalik pada demam aku, Kakak nurse kasi aku 3 jenis ubat. Aku telan ajer.
OH..yaa..sebelum tu aku batuk. Ada kakak kerani kat opis aku kasi tips minum coke campur garam. Aku mulanya tak mau minum tapi siap kena paksa nak belikan aku coke. Nama kakak ni Kak Zizah. So dia siap belikan coke dgn cawan dan garam lagi. Terharu aku dan mau tak mau aku terpaksa minum. Tapi minum coke ngan garam ni memang mujarab, soknya aku kurang batuk2. Tapi kalau kau org minum, asik nak terkencing2 ajer. Bukan yg jenis blh ditahan2..aku pun x tau knp..hehe. Thanks kak Zizah. Berbalik cita tadi, lps makan ubat baru lega cikit.

Balik kerja, bdn masih tak sedap. Patutnya balik umah mak mentua aku tapi aku ckp kat bini aku tak yah ler nanti berjangkit kat anak2, sok ajer blk. Aku kata" Ni virus yg paling tinggi ni, memang mudah berjangkit". Bini aku mengiyakan ajer..hehehehe. Dia tau kalau aku tengah lorat sakit, baik jangan layan...buat sakit hati dia jerrrr...kekekeke. Balik aku mandi, tengok tv dan tidur..

Sok pada tarikh 7hb bgn kul 9am, badan dah terasa segar sikit. Pi Tesco jap beli brg2 keperluan. Sepatutnya 7hb kerja tapi aku cuti sebab nak pi jom heboh janji ama anak. Dlm kul 1.30pm aku dah sampai umah mak mentua aku. Kul 2.30pm pi Jom Heboh. Tak ada apa2 menarik kat sana, aku mcm biasa borong cekeding yg jual 1 beg rm10. Aku ngan bini borong nak dekat 4 bag kot. Blum campur ngan adik ipar aku. Pusing2 keliling bazar jom heboh, ari ni x panas sgt. Nasib baik kalau tak mau rentung kulit hitam manis aku. ..kekeke. Abis rounding, bini aku belanja makan dan balik umah. Balik2 ajer aku cari port baik2 dan zzzz...

Kul 8pm aku blk umah mak aku. Tgk cengkerama unsur2 memberi kesedaran. Dlm kul11pm aku cuci keta sebab keta aku dah tahap kotor giler, mau dkt 3minggu x bercuci. Tgh cuci tayar, abg Kamal jiran rumah no 4 dari rumah aku kata ada accident kat dpn trafic light. Aku pun tinggalkan cucian tayar dan pi tgk accident tu. Aku x bawa handphone masa tu nak amik gambar. Yalah, aku tgh cuci keta mana nak letak handphone.Berbalik pada accident, keta kancil dah sodok keta Naza Ria. Dan pada masa yg sama, ada motor yg terlibat sekali.

Menurut siasatan aku melalui saksi2 yg menyaksikan kemalangan itu, yg salah tu kereta kancil. Kereta Naza tu memang tak salah sebab dia hentikan kereta sebab lampu merah. Yang sedihnya kat belakang keta Naza tu, ada motor lak pasangan suami isteri. Keta kancil tu terlalu laju dan meluru langgar motor dan keta Naza Ria tu. Hancur bonet dpn keta kancil tu dan motor tu terselit bwh keta. Endingnya pemandu kancil tu meninggal dan pemandu motor tu pun meninggal. Manakala bini pemandu motor atau pembonceng tu patah kaki. Aku tgk pun kecian.. Tapi ajal maut di tangan tuhan..aku paling sedih pasangan motor yg tak buat apa2 kesalahan dan ikut rules, tapi maut disebabkan kecuaian pihak lain. Lepas tu aku blk umah jalan kaki sebab dekat ajer. Aku sambung cuci keta dan member aku lak dtg ajak minun. Adus...aku minum2 dan kul 1am sambung cuci keta. Sikit lebih kurang jer aku cuci dan kul 2am aku update blog. Itulah life seharianku..interesting..but penat bro. Skrg dah kul 3am aku nak tidur.
  

Catat Ulasan

0 Ulasan