Hanif Bin Idrus Blog sudah berusia 4 bulan..

Hanif Bin Idrus Blog sudah berusia 4 bulan..

Sudah hampir 4 bulan aku mendisiplinkan blog aku . Jika ikut pompuan mengandung belum cukup bulan lagi..hehehehe. So sebagai manusia biasa memang tamak nak promosikan blog ini secepat yang mungkin..

Namun disiplin yang dilakukan agak tersasar. Pada mulanya hampir setiap minggu aku updated blog aku. Kemudian mula beransur lemah kerana dengan komitmen yang lain. Aku mula updated 2 minggu sekali. dan  aku mula buat shorcut dengan memasukkan artikel -artikel ciplak yang aku rasa baik di selitkan di blog ini.

Walau apa pun blog aku agak berfungsi dengan baik kerana mempunyai pembaca-pembaca melalui jumlah pengunjung software yang aku lekatkan kat blog aku pada 2 bulan yang lalu. 2 bulan ini jumlah pembaca yang buka blog aku lebih kurang 400 orang. Boleh ler tuu..

Tapi target aku yang sebenar adalah rakan-rakan dalam blog. Kini  aku hanya ada 7 orang sahaja (termasuk aku).....hehehe. Itu dikira kemajuan yang  baik..kerana 3 rakan terbaru adalah dalam bulan lepas. Ni menandakan blog aku ada peningkatan.

Pelbagai cara yang aku gunakan, cara yang popular ialah aku buat pautan blog aku di facebook  dan melalui facebook aku friend ngan facebook berkait blog dan buat pautan facebook mereka. Facebook yang aku suka ialah Blogger Malaysia dan Blogger Melayu. Tetapi baru-baru ini aku tertarik ngan blog.ariff yang memberi tunjuk ajar yang jelas dalam ber blog ini. Aku sekarang adalah pembaca tetap dalam "mencuri" ilmu pengetahuan ariff.blog. Memang menarik tapi aku jenuh nak membaca dan memahamkannya..heheheh. Aku kan kurang paham tentang dunia siber dan blog-blog ini..

Mereka lah penyumbang kepada peningkatan blog aku dari hari ke hari. Aku sekarang berazam untuk tidak mahu copy and paste tajuk ciplak e-mail  ke dalam blog aku. Aku merasa kehilangan seni dan kejujuran dalam penulisan ini. Blog yang maju adalah blog yang  di updated setiap hari..baru aku mempunyai pembaca yang setia dan aku akan cuba untuk menulis setiap hari.

Masalahnya  blog aku ni tidak mempunyai tujuan yang tepat, sekarang  ini blog aku adalah bersifat kasual dan menceritakan tentang kehidupan manusia berdasarkan kehidupan aku. Kini aku nak cuba beralih kepada menjiwai ilmu penulisan melalui pemerhatian. Menceritakan suasana yang berlaku di sekeliling kita. Perkara realiti yang berlaku pada masyarakat atau mengupas isu-isu yang panas tapi tak terlalu sensitif...

Terima kasih kepada semua yang membaca blog "Hanif bin Idrus" ...nama pun tak sedap dan sukar nak jual...hehehehe. Terima kasih kepada rakan-rakan yang jadi friend dalam blog aku ni.
Aku ada baca ariff.blog tips-tips untuk promosikan blog. So aku akan cuba cara ini dan kini aku cuba nak kasi lawa blog aku ni....Aku nak masuk twitter..lerrr rasanya tapi konsepnya tentang blog bukan personal macam facebook aku....

Please check my new logo untuk blog aku..hehehehhe... buat dalam separa sedar...nanti nak suruh members yang terer buat lawa2 punya..baru macam formal cikit...

Selamat Maju Jaya Untuk Aku Dan Doakan Aku.....

Catat Ulasan

2 Ulasan

Cendol berkata…
wahhh baguihh baguihh moga terus majuu
Unknown berkata…
ok yg ni aku setuju .. " Pada mulanya hampir setiap minggu aku updated blog aku. Kemudian mula beransur lemah kerana dengan komitmen yang lain. Aku mula updated 2 minggu sekali. dan aku mula buat shorcut dengan memasukkan artikel -artikel ciplak yang aku rasa baik di selitkan di blog ini." haahaha xD