Indonesia dan Malaysia gaduh2.

Indonesia dan Malaysia gaduh2.

Baru2 ni kecoh pasal Malaysia tangkap nelayan Indonesia. Dan diantara
nelayan itu termasuk anggota polisi. Tindakan pertama yg berlaku
adalah kesatuan apa namanya Benteng Terakhir Indonesia (agaknya..sebab
geli nak tgk tingkah lakunya) telah melemparkan najis ke kedutaan
Malaysia. Kerana Malaysia selama ni menganggap Indonesia sebagai
najis. Itulah cerita yg berlaku. Dan bila saya pergi ke blog2, twitter
dan fb. Ada pula mamat ni buat lagu kutuk Indonesia. Lepas tu macam2
ler kata cacian timbul seperti Malaysiamaling, Malaysiasampah,
Indonesia sampah dan macam2 yang saya malu nak sebut. Perkara utama
yang aku nak sebut ialah adakah kita bertamadun. Adakah budaya
Nusantara mengajar kita perkara sebegini. Jangan mudah terpengaruh
ngan bende macam ni. Org yg berugama takkan sanggup kutip najis dan
campak kat orang. Org yg berpendidikan takkan buat lagu yg menghina
negara lain. Tadi pun dalam, fb ada juga suara2 yg mengutuk bencana
alam yg berlaku di Indonesia krn kutuk Malaysia. Itu suara2 org yg
marah dan kita lupa seketika akan sengsara saudara kita yg alami
tragedi ni. Kita lebih pentingkan amarah kita. Saya amat berharap
sempena di bulan puasa ni dgn jangan salahkan semua setan2 yg kena
gari di bulan Ramadhan ni. Janganlah kita ikutkan NAFSU marah kita.
Dalam islam, manusia terhebat adalah manusia yang dapat mengawal
amarahmu. Kawal marahmu. Kita semua saudara, jika bkn saudara
seagama, kita saudara nusantara.

Catat Ulasan

0 Ulasan