Negara Maju Dan Negara Membangun

Negara Maju Dan Negara Membangun


Sebenarnya artikel ini bertarikh 2004 dan aku merasakan masih releven pada masa kini. Kalau ada budak-budak sekolah nak amik...amik ajer ler sebab artikel telah melalui kajian oleh saya. Untuk pengetahun saya adalah jurusan ijazah Sains Politik dan hingga kini masih aktif membaca perihal politik tapi bukan politik picisan yang hendak tembak orang ajer. Rindu ler bro..nak utarakan artikel ini..boleh yekk... bacaan yang bosan ...kekeke

Semalam saya ada membaca satu artikel negara Thailand menghadapi kesukaran meneruskan projek mega lapangan terbang yang bernilai RM16bilion disebabkan kekurangan dana. Ini merupakan slah satu contoh yang jelas keadaan kewangan negara membangun.

Mari kita lihat status kewangan Amerika yang begitu utuh. bayangkan belanjawan ketenteraan sahaja untuk tahun ini berjumlah hampir 1 trilion. belum lagi termasuk hal-hal yang lain.

Kadangkala saya tertanya begitu kaya Amerika ini hinggakan kita tidak mampu walau secalit pun untuk menandinginya. Di sini saya ingin jelaskan satu bukan hegemon kepada Amerika malah saya jijik melihat cara hidup yang tersasar Amerika. Tapi mahu tak mahu kita terpaksa mengakui bahawa mereka ini memang KUAT!!!

Kenapa mereka kuat? Pertamanya saya jelas lihat ialah sistem kerajaan yang begitu lama dan  establish. Berapa lama mereka sudah merdeka emmm!!! 400 tahun. Jangkamasa yang begitu lama sudah tentu mampu membina sistem yang kuat. Secara amnya sistemnya semakin membesar dan dalam sesuatu kerajaan apabila sistem itu membesar bermakna ianya semakin tersusun!!

Tetapi ada pendapat lain yang mengatakan apabila sistem itu membesar ianya sukar dikawal. Tetapi ianya terpaksa kerana apabila semasa lama kerajaan itu semakin pelbagai isu-isu yang wujud. Contohnya ialah hak-hak buruh, hak wanita dan pendidikan yang pada masa lalu tidak diambil kira. Contoh paling jelas ialah Malaysia yang pada mulanya hanya mempunyai lima kementerian dan kini berbelas kementerian. Kenapa kementerian ini bertambah, paling logik ialah wujudnya isu-isu baru dan memantapkan sistem itu sendiri. 

Keduanya ialah jumlah penduduknya yang besar. Dalam perkiraan ekonomi apabila sesebuah negara itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi maka akan mewujudkan pasaran yang lebih besar. Sebagai contoh Amerika mempunyai kepadatan penduduk 210 juta orang. Amerika pada masa kini dengan hanya memasarkan barangan dalam negeri sahaja sudah boleh menampung projek meganya dan ini belum dikira lagi dengan kutipan cukainya yang efisien. 

Mengikut pengamatan saya hanya terdapat dua benua sahaja di dunia sahaja yang mana-mana produk dijual kepada mereka akan memberi pulangan yang tinggi. Pasaran mereka amat penting  kerana kemampuan kewangan penduduk mereka yang mampu membeli barangan mereka. Dua benua itu ialah Eropah dan Amerika Syarikat.

Kenapa Jepun dalam masa yang singkat mampu berkembang. Ini kerana pasaran utama mereka pada mulanya ialah Amerika dan kenapa Amerika memberi pelepasan kepada meraka. Berbalik kepada sejarah, mereka merasa bersalah disebabkan Perang Dunia Kedua. Dari pasaran Amerika sahaja mereka berjaya berkembang kepada dunia-dunia lain dan kini mempunyai syarikat MNC(Multi Nasional Corporation). Bayangkan jika Malaysia diberi pelepasan menjual kereta nasional di Amerika?

Dari contoh diatas jelas memperlihatkan jumlah penduduk memainkan peranan yang luas.Contoh yang saya beri hanyalah business yang dibuat oleh negara luar, apatah lagi jika penduduk tempatan Amerika yang menjalankan perniagaan tersebut. Sudah tentu dengan dasar kerajaan akan melindungi perniagaan tempatan. Contohnya ialah Microsoft, Giant, General Motor dan lain-lain. Syarikat ini semua adalah kini merupakan MNC.
Kepadatan penduduk memainkan peranan yang penting tapi kenapa negara membangun yang mempunyai kepadatan penduduk tidak mampu membuka pasaran domestiknya secara meluas.

Sebabnya melibatkan pendidikan yang tidak meluas. Negara membangun walaupun dikatakan mempunyai kadar kepadatan penduduk tinggi namun pendidikan yang tidak sekata memberi impak yang kuat. Sebagai contoh ialah negara Amerika boleh dikatakan penduduknya mempunyai kadar buta huruf  kosong. Jika adapun peratusnya tentu kecil. Mengikut teori ekonomi, pelaburan sesuatu negara kepada negara lain itu bergantung kepada 2 faktor iaitu kadar upah yang kecil dan juga penduduknya yang mempunyai skil atau kemahiran serta infrastruktur yang lengkap.

Melalui pembelajaran sudah tentunya penduduk dapat mempelajari skil-skil yang baru. Bayangkan jika anda seorang pelabur yang hendak membina kilang di sesebuah negara tapi peratusan penduduknya buta huruf tinggi. Mahukah anda melabur?

Bila tiada pelaburan maka tiada pekerjaan dan bila tiada pekerjaan maka kerajaan tiada wang dan kerajaan tiada wang maka tiada pembangunan dan bila tiada pembangunan maka mundurlah negara itu.
Dan bila tiada pelaburan luar maka transformasi negara untuk menjadi pelabur juga terbantut dan negara itu akan kekal sebagai negara buruh.

Sebab keempat kenapa Amerika maju ialah kerana syarikat multinasionalnya (MNC). Apa itu MNC? MNC ialah syarikat konglomerat yang melampaui batasan geografi atau istilah moden ialah syarikat global. Syarikat MNC mempunyai modal yang besar dan ada data yang menunjukkan aset yang dimiliki oleh MNC melebihi pendapatan perkapita tahunan sebuah negara membangun.

Syarikat MNC bermakna produk yang dikeluarkan adalah dalam skil yang besar. Apabila sesuatu perusahaan itu dikeluarkan dalam skil yang besar sudah tentu harga barangan tersebut menjadi murah.
Seperkara lagi kemampuan modal mereka dalam menjalankan R&D juga memberi impak yang tinggi. Melalui penyelidikan yang berterusan MNC mampu mengeluarkan barangan yang bermutu tinggi.

Bagaimana perusahaan kita hendak bersaing dalam harga dan kualiti dengan MNC. Sudah tentu kita tidak mampu bersaing dengan mereka.
Dinegara ini perusahaan tempatan boleh kekal dalam pasaran domestik disebabakan dasar kerajaan. Salah satu dasar kerajaan ialah pengawalan harga dan juga dasar melindingi perusahaan kecil Malaysia.Jika tidak sudah lama kita berkubur dan semua produk dimonopoli oleh MNC.

Beli lah barangan Malaysia dan kadang kala kita mesti akui Amerika memang kuat...tapi yang kuat bukan tidak boleh dikalahkan. Cuma jika kita tak sedar mereka kuat maka kita buat kerja gila seperti bunuh rakyat yang tak berdosa dan macam2 lagi.
Itu pendapat saya ajer...hehehehehehe

Catat Ulasan

0 Ulasan