Puasa dan bazar ramadhan

Puasa dan bazar ramadhan

Hari ini nak bercerita pasal suasana berniaga di pasar Ramadhan yang paling sibuk di Melaka iaitu Taman Cempaka. Gambar tak dapat diambil kerana handphone bateri kiok lak..lupa nak charging..huhuhu

Pada hari Sabtu kul 1am member aku nama Wan datang umah ajak minum2.Masa tu aku tgh lap2 keta. So aku cadangkan kami pi kat bazar ramadhan popular di Melaka iaitu Taman Cempaka.

Masa sampai dah kul1.30am. Parking tak ada, pagi2 kul 1 pagi pun penuh dgn org, so aku pusing 2 kali cari parking. Taman Cempaka ni memang cukup popular di negeri Melaka .Kadang2 sampai kul 4am pun ada org dan jangan cita kalau malam raya lagi ramai org. Tak caya, percayalah!!

Dah parking aku ngan kawan pun jalan-jalan. Masa jalan2 jumpa member kilang aku Mr.Razak tengah duduk sambil tersenyum. Dia jerit kat aku. Dalam hati aku berkata" Mesti tgh senyum byk masyuk"..hehehe. Member aku ni jual keronsang2 dan mcm2 ler. Borak jap, dan aku meneruskan perjalanan.

Sebenarnya aku datang nak jenguk member aku niaga air balang kat situ.Akhirnya jumpa gak. Nama dia Bulau, member masa sekolah. Dia ajak minum. Masa minum aku tanya dia macam mana niaga. Dia kata" Hari pertama dan kedua puasa, hangus perut aku Nep, hujan ajer. Skrg ok ler kalau tak hujan".

Sebenarnya member yang ikut  aku si Wan ni pun dapat tapak kat pasar Ramadhan. Bulau tolong carikan, satu tapak kena RM1000+, member aku kata  mahal lak. Kawan aku Bulau kata ni harga dia kasi pun kira murah. Last2 Bulau kasi orang lain tapak tu. Padahal malam tu aku dah janji kat Wan, aku top up rm400. Dgn syarat jualkan kuih aku sekali. Aku pun ada juga jual raya kuih Mini Popiah, ingat nak tumpang sekali.  Tapi kalau ada tapak aku jual 2 atau 3 jenis kuih ler. Tapi disebabkan kelembapan dia yg terlalu mengira atau kedekut, tak dapat tapak. Buang masa aku jer rekemen. Malam tu, aku tengok muka dia lain mcm ajeq. Sebab semua budak2 kat sana cita tentang untung ajer. Aku memang sengaja bawa dia kat sana, kasi panas sikit hati dia . Aku rasa aku nak cita pasal members aku ni nanti kat nest blog.

Berbalik pada cerita asal, aku tanya penat tak niaga kat pasar Ramadhan ini.

Members aku ni cikgu sekolah. Dia kata"Nep, aku balik sekolah ajer terus tukau baju, seluar dalam pun tak sempat tukau" dengan muka serius member saku berkata-kata..'
Dia berkata lagi " Kau bayangkan, aku balik sekolah kul 2pm, niaga start kul 3pm. Kau pun nampak habis niaga pukul berapa. Tiap-tiap hari siap kemas barang aku balik kul 4am. Nasib baik ada anak buah yang boleh jalankan kerja". sambil membetulkan cermin mata dia.

Aku lepak kat sana agak lama jugak sampai kul 3am, pun masih melihat ada juga insan-insan masih berjalan-jalan di Pasar Ramadhan. Memang happening betul Pasar Ramadhan Taman Cempaka ni.

Sambung balik cerita Bulau,

"Masalah orang berniaga ni Nep, ialah masa nak mengemas. Punyalah malas rasanya, macam sekarang ini. Keliling tapak semua orang masih berniaga, aku nak balik pun tak boleh. Terpaksa tunggu, sampai aku punya van boleh masuk amik barang -barang aku" Bulau menceritakan cabaran berniaga di Pasar Ramadhan ini sambil mulutnya mengunyah kerepek .

Mata aku pun dah mula mengantuk , so aku pun balik ler dalam pukul 3 lebih...pagi. Aku tengok Mr. Razak tengah mengemas barang-barang dia kat dalam keta.
Aku rasa aku tak boleh ikut kerajinan mereka semua ini, memang penat berniaga kat pasar Ramadhan Taman Cempaka ni. Tapi aku ingat kata mak aku dulu yang pernah berniaga. tapNiaga ni Nep, memang penat kalau dah dapat untung penat pun hilang.. Itu kata-kata yang terngiang2 ditelinga aku pada waktu itu.

Go luck to all my friend and peniaga-peniaga Pasar Ramdhan...kalau tak kelembapan kawan aku mungkin tahun ni aku join. C U next year kot..












Catat Ulasan

0 Ulasan