Puasa dan Cat Rumah

Puasa dan Cat Rumah

Pabila nak Hari Raya Aidilfitri bermula, akviti pertama rakyat Malaysia  ialah mengecat rumah selain daripada buat baju Melayu atau beli baju baru. Aku nak cerita tentang mengecat rumah sempena Hari Raya ini.

Biasanya aktiviti bermula sebelum puasa, macam aku jugak. Mak aku suruh aku cat rumah sempena raya ini. So 3 minggu sebelum puasa aku dah start rumah cat mak aku setiap hari Sabtu /Ahad. Namun tak siap sepenuhnya juga hingga kini, mana nak siap..

3 minggu lepas masa aku tengah kemas store simpan cangkul dan alat2  kebun yang lain, members aku lak datang. Kata nak ajak minum petang..tup2 pi kedai urut kaki. Dah buang masa 11/2 jam. Sampai rumah mak aku membebel, aku kemas mana-mana yang patut ajer. Malam tu keluar lagi ngan kawan-kawan, balik kul 1 am dan aku terus cat dinding rumah, siap kul 6am...penat gilerrr..

2 minggu lepas lak aku demam giler2..langsung tak buat apa-apa kerja. Hanya melepak kat umah mak aku dan umah mak mentua aku. Aku ingat nak cat pondok store dan pangkin tapi kemalasan dan demam membuat aku letih semacam.

3 minggu lepas aku masih demam lagi tapi kurang sikit tapi pada masa tu lak ada Jom Heboh. aku dah buang masa kat sana dan pusing-pusing Melaka sama anak-anak.
Akhir kata, aktiviti mengecat rumah mak aku tak selesai lagi...bila nak buat aku pun tak tahu..Belum lagi kira rumah aku yang aku plan nak cat pagar...
Untuk menyelesaikan masalah ini, malam-malam lepas buka baru aku cat rumah kot...
Aku rasa semua orang menghadapi masalah mengecat rumah masa berpuasa ni yekk...
Aku tau bukan alasan kalau berpuasa tak ler cat rumah pada waktu siang, tapi masing-masing tau diri masing-masing ( antibodi korang)..kalau korang tahan, bagus lerrr..
Aku takut ler nak cuba..hehehehe..kalau tak tahan mampus aku...yalah tengah panas terik nak mengecat..dengan bau cat lagii...iskkkk... kena berbuka awal ler kerana kerja tu membolehkan kita membuka puasa....hehehehehe
Baik aku cat malam-malam lepas buka puasa.....

Catat Ulasan

0 Ulasan