Dulu members aku tahun lepas bulan puasa dia berjaya turunkan 7kg berat badan dia...pehhhhh......
Disebabkan aku terlalu taksub dan kagum aku pun berdiet..aku start diet pada tahun lepas 2009 awal bulan October. Mula-mula berat aku 107kg then....lihat dibawah:
- 07 Oct 2009 - 107kg
- 22 Oct 2009 - 104kg
- 09 Nov 2009 -102kg
- 04 Dec 2009 - 99kg
- 14 Dec 2009- 101kg
- 15 Jan 2010 - 98kg
- 22 Feb 2010 - 97kg
- 11 Mar 2010 - 96kg
- 21 Mar 2010 - 96kg
- 07 Apr 2010 - 95kg
- 14 May 2010- 93kg
- 22 June 2010 - 92kg
- 22 July 2010 - 92kg
Itulah perkembangan berat badan aku yang semakin slimmm...kekekekeke. Tapi kalau lihat pada data yang diberi, performance aku tak stabil jugak...Start awal tahun ajer..berat badan aku turun cikit2..pehhh!!! Tekanan aku. By the way tetap ada tanda penurunan lerrr..Kini dah 10 bulan aku berdiet secara sihat tanpa makan pil-pil diet yang dicemari oleh bahan kimia berbahaya. Aku cuma amalkan rahsia pemakanan yang aku nak kongsi dengan kamu semua...JANGAN MAKAN NASI....hah!! terkejut kan... Betul itu rahsianya...kalau nak tahu betul atau tak..cuba jangan makan nasi selama 1 bulan atau 2 minggu..tengok turun tak berat badan anda semua....
Memang mula-mula terasa mak datuk ....sengsara yang tak terkira...nasi bro..makanan asasi rakyat Asia..tiba-tiba kena gentikan makan nasi...
Tapi aku ada gak masalah bila hari cuti..sebab bila cuti hari Sabtu dan Ahad aku kena balik umah mak mentua dan mak aku..Pernah gak aku tak makan 2 minggu nasi kat dua-dua umah...boleh tahan gak tengik muka mak mentua dan mak aku...
So..aku buat keputusan hari Sabtu dan Ahad adalah hari Nasi....kena makan nasi jugak.....apa nak buat nak jaga hati orang tua..kalau dia orang merajuk tak nak masak, lagi haru akuuuu...
Tapi sekarang ni aku memang tension...berat badan aku susah betul nak menurun...macam bulan lepas dah 2 bulan berat badan aku masih maintain 92kg tak-ubah-ubah!!!!...Aku tambah buat senaman tiap-tiap hari pun masih tak turun jugak.....
Sempena bulan puasa ni, aku dah target nak turun kan berat badan aku bawah 90kg....semalam aku dah sound kat bini aku. Sahur jangan masak nasi..aku beli VICO dan beli roti oat untuk bersahur setiap hari...Itu hari masa kat umah mak aku...aku ada dengar kat radio Melaka, kalau minum VICO dalam bulan puasa ini badan sihat dan tak penat.. Tu aku beli VICO.. Ni bukan nak promosi company yang buat minuman koko ni, aku kata apa yang aku dengar serta testimoni pihak2 lain.
Tapi untuk berbuka, aku plan nak makan mee atau makanan ringan ajer, tak nak lagi nak makan nasi atau lauk pauk. But..aku belum decide lagi macam mana, sebab puasa satu hari takkan nak makan mee ajer...by the way aku mesti tanam semangat..
Tapi macam biasa, bila sahur atau buka puasa kat umah mak mentua dan mak aku, terpaksa ler aku makan...kekekeke
Pada masa yang sama niat berpuasa di bulan Ramadhan harus di utamakan cuma diet adalah pemangkin untuk mengukuhkan keazaman kita menghadapi cabaran di bulan yang mulia ini.
Semua kawan-kawan sila beri sokongan pada saya...target nak turun 4 kilo...
0 Ulasan