Puasa dan Hujan

Puasa dan Hujan

Syukur alhamdulilah..sepanjang 6 hari berpuasa di Melaka ini cuaca agak baik. Semalam petang hujan renyai-renyai. Pada hari Sabtu dan Ahad, petang tu dah redup-redup. Secara tak langsung untuk orang yang berpuasa macam aku dan semua orang terasa lega sikit dengan keadaan cuaca yang nyaman dan panas-panas.

Cuaca memainkan peranan yang penting dalam bulan puasa ini, sebagai contoh kalau cuaca panas terik, aku rasa KEBANYAKAN orang dah tentu melayut bila watu petang. Mana taknya, cauaca panas terik..pehhhh. Cuba kena cuaca yang nyaman dan angin bersepoi ditambah lagi hujan...fuhhhh!!!! tak terasa puasa punya cabaran. Ini yang benar saya katakan. Untuk sebilangan pihak macam saya ini, suka kalau cuaca redup tapi ada yang suka cuaca panas.. Siapa?

Peniaga bazar Ramadhan, aku ada members yang berniaga air balang masa bulan puasa hanya dapat RM30 ajer hari itu. Ini kerana hujan menutup rezeki mereka pada hari itu. Kebanyakan orang yang jual masa bulan puasa semuanya air batu, kalau hujan siapa nak beli. Betul tak?. Tapi untuk aku inilah cabaran berniaga, adakala turun adakala naik.
Bila aku cakap macam tu, mengamuk members aku " Hoi!!! Kau tau tak Nep, sewa tapak Ramadhan ni aku kena bayar RM1000... kalau aku jual satu hari RM30. mati aku. Tak balik modal bro" .
Aku diam ajer setelah di maki bertalu-talu oleh members aku. Malas nak argue dengan dia lerr..

Baru-baru ini , Kat tapak bazar Ramadhan di Jasin , Melaka. Tiga orang terbunuh dan 18 lagi cedera akibat ribut yang telah menumbangkan khemah-khemah sekitar Bazar Ramadhan di Jasin Melaka. Aku pun tumpang sedih dan akui ini adalah ketentuan illahi. Masa hari Sabtu itu hari, kat Facebook penuh artikel tentang kejadian malang tersebut.
Tahun ini adalah  tahun yang mencabar bagi peniaga-peniaga bazar Ramadhan di Melaka. Dengan hujan yang selalu turun waktu petang dan ditambah kecelakaan yang berlaku baru-baru ini hingga meragut nyawa.
Tapi aku selalu diingatkan , setiap kejadian yang Allah turunkan mesti ada sebabnya. Dan kita sebagai manusia harus berfikir kenapa perkara-perkara ini berlaku. Dan juga peringatan kepada kita semua. Aku tak mau komen tentang perkara ini.

Walau apa pun , Melaka sepanjang bulan puasa ini, adalah musim hujan. Aku rasa satu dunia tengah hujan kot. Kat Pakistan hujan sampai satu negara banjir. Kat China, hujan sampai tanah runtuh. Oleh itu belilah payung sebelum hujan.

Catat Ulasan

0 Ulasan