Sempena bulan puasa ini, aku harap kita jangan lupa pada 31hb Ogos ini adalah tarikh kemerdekaan negara kita..Malaysia yg tercinta. Kemerdekaan negara kita yg ke 53 tahun!!. Peh dah lama jugak..
Dan bagaimana anda menyambut kemerdekaan ini. Aku pada 14hb dah pasang bendera kat depan rumah.(lihat gambar). Tiap2 tahun memang tak lupa pancak bendera. Itu pun orang tua aku yg suruh..keke. Tapi sebagai orang yg tolong pancak bendera tu, sekurang-kurangnya aku ada menyumbang bakti.
Aku, sebagai generasi ketiga kemerdekaan, semangat nak menyambut kemerdekaan ni agak kurang kerana dedahan semakin kurang.Macam org tua aku generasi kedua, masih kuat lagi kerana selepas kemerdekaan macam2 peristiwa yg memerlukan semangat patriotik seperti pembentukan Malaysia dan penggerakan komunis memerlukan rakyat yang patriotik. Zaman aku pun ada, kerana pada zaman aku adalah zaman peletakan senjata komunis.
Bagaimana lak dgn generasi keempat, itu tugas anda utk mendidik anak2 anda. Ingatkan mereka betapa penting negara yg merdeka. Cuba lihat negara yg dijajah, segala sumber ekonomi ditarah oleh penjajah. Kebebasan diri di kawal oleh pihak lain. Anda dianggap sampah di negara kelahiran anda!!! Oleh itu, tanamkan cinta anda pada negara anda. Dan aku bukan berkata bukan utk negara aku tapi kepada semua rakan2 di seantero dunia yg negara mereka yg sudah merdeka. Jaga negara anda. Dan sempena bulan yg mulia adalah lebih baik kita beramai2 bersyukur atas usia negara kita telah mencecah 53 tahun.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!
0 Ulasan