Hari ini sudah bekerja pada 13/09/2010. Tiga hari sahaja menyambut hari lebaran tidak mencukupi...
Pertama... penat tak kebah lagi...
Kedua.....banyak rumah belum jalan lagi.
Ketiga ....tahun ini kakak dari perak balik hanya dapat luangkan masa sekejap jerr
Tapi yang bagusnya...dapat save cost ler.. lagi panjang cuti lagi banyak belanja. Cukup ajer ler belanja untuk minyak kereta jalan raya ini...mau kejap-kejap tuang minyak.
But that Hari Raya, kalau kedekaut sangat jangan sambut raya. Semua orang tahu kalau Hari Raya ini memang banyak belanja..that normal..
Berbalik pada sambutan Hari Raya aku...
Raya Pertama..
Raya pertama aku raya kat rumah mak aku ler. Lepas tu aku balik rumah mak mentua aku. Tahun ini aku bebenar sangat nak amik gambar kat studio sama keluarga aku. Sampai kat rumah mak mentua aku, aku suruh bini aku cari sampin mahal masa aku kahwin dulu. Tu sampin mak mentua yang beli..hehehehe.
Lepak jap rumah mak mentua aku dan lepas tu nak bawa anak-anak dan bini aku beraya ke rumah mak aku. Itu memang rutin aku sejak dulu. Kahwin dekat broo...hari pertama dah siap jalan dua-dua rumah.
Singgah dahulu kedai gambar, nak amik gambar sama family.
Bini aku dari dalam kereta kata kat aku, amik gambar jangan pakai songkok. Tak hensem dia kata.
Aku berkata" Hari Raya kena ler pakai songkok, tak lengkaplah gambar kekacakan abang" aku berkata dengan nada yang keras sedikit selepas tadi pagi bermaaf-maafan kira-kira 20 minit yang lalu.
Bini aku diam ajer.
So sampai jer kat studio, aku ngan keluarga pun bergambar ler sambil di guide oleh pak jurufoto. Banyak juga posing kita ambil..duduk dan berdiri ,,senget dan macam-macam lagi.
Habis amik gambar aku pun balik ke rumah mak aku..
Sampai rumah mak, aku jemput kakak aku dan mak aku amik gambar. Tapi masa tu kakak aku yang sulung belum datang lagi. Masalahnya aku pun tak tahu no tel kakak aku. No tel rumah aku tahu, bila telepon tak der orang lak. May be dia ikut hubby dia jalan2. Aku cari no tel anak dara dia kat facebook..pehhh..pun tak der.
Lalu aku bawa mak dan kakak aku yang sorang lagi tu pergi amik gambar. Macam biasa amik gambar keluarga dia dulu then amik semua satu gambar keluarga...Tapi resah juga sebab kakak sulung aku tak der..Balik rumah ajer..kakak sulung aku pun sampai.
Aku cepat-cepat bawa kakak sulung aku pergi kedai foto dan amik gambar keluarga dia.
Siap sudah..target gambar setiap family dah ada. Gambar keluarga aku, gambar keluarga kakak aku...cuma gambar seluruh keluarga jer ada kurang...
Sampai rumah, kami pun lepak-lepak. Tapi hati aku ni tak sedap kerana tak ambil seluruh keluarga yang ada. So dengan serta merta aku buat pengumuman mahu amik gambar satu keluarga. Mak aku pulak dah tukau baju lawa dia dan pakai baju memasak dia.
Mahu tak mau semua kena bergambar, tapi setiap gambar kurang satu orang iaitu tukang ambil gambar lerr..Tak per lerr...Janji ada gambar satu keluarga Idrus ini termasuk menantu, cucu dan anak2.
Kakak dan mak aku kata kat aku" Kau ni buang tabiat ker Nep..tiba-tiba nak ambil gambar ni. Bahaya ni." sambil ketawakan aku.
Aku sengih ajer...
Walau apa pun kepuasan dan rancangan bergambar sama keluarga berjaya juga. Selain itu kami suruh anak-nak kami bergambar sesama sendiri ( The cousin). Biar kenal sikit, ni ajer keluarga kecil Idrus yang ada...hehehehe.
By the way, semua orang happy,
Cuma aku tak happy..bila kau tengok gambar aku pakai songkok ngan sampin macam serba tak kena. Betul gak kata bini aku.
Aku berkata kat bini aku" Betul ler..pakai songkok ni nampak tak hensem"
Bini aku menjawab "Kan Lin dah kata kat abang, abang sekarang dah kurus ni..muka pun dah kecik, kalau tak pakai songkok nampak hensem sikit" kata bini aku dengan ayat berlapis yang paling power.
Bini aku menambah " Kalau nak songkok pun, kalau abang pakai songkok yang tinggi mungkin segak sikit" kata bini aku dengan air muka yang serius.
Aku mengangguk kan kepala tanda setuju.
Gambar siap hari Rabu ni, tapi aku sempat amik gambar pakai telepon bimbit aku masa jurufoto tu amik gambar keluarga aku. Malah aku sempat suruh anak-anak buah aku ngan bini aku posing kat studio tu pakai handphone aku. Tokey tu pandang aku macam nak makan ajer..but I buat bodoh ajer...hehehehe.
Sila lihat gambar yang tak siap..hahahaha.
0 Ulasan