Buat baik dibalas baik

Buat baik dibalas baik

Baru2 ni jiran rumah sebelah aku punya sebelah umah ada buat tembok
ganti depan umah punya pagar. Sempena hari raya aidilfitri ini. Orang
melayu kalau tak beli tanah dia besarkan rumah. Tapi yang tragisnya dia
tak tak tampal plaster rumah sebelah tu. Tahukan rumah tak ada tampal
plaster atau simen. Nampak batu bata yg segi empat tepat tu yang tak
bersimen.

Memang pada dasarnya apabila jiran sebelah buat tembok pagar kita kena
hulur sikit sebab secara tak langsung kita dapat tembok free. Tapi kita
pun kena pikir bukan semua orang ada duit. Sekarang nak bikin tembok
kecik sebelah pun makan RM3000. Takkan kau nak bayar RM200 ajer kat
jiran sebelah.

Aku tiap2 hari balik tengko rumah jiran sebelah aku..mengeluh panjang.
Ada juga manusia macam tu. Tapi sebenarnya ia satu pembalasan untuk
jiran sebelah aku. Aku ingat lagi mula2 pindah rumah, dia nak tambah
dapur kat belakang umah. Dia minta kebenaran aku. Aku kata buatlah. So,
dia buatlah dapur umah dia dgn tembok besar sebelah umah aku.

Masalah timbul apabila ia kata nanti pada aku nanti tembok kat sebelah
rumah dia akan simenkan atau plaster kan. Siap minta jangan kunci pagar
belakang lagi. Aku pun mengiyakan ajer. Nak tau apa jadi, dah ler tak
simen, dia pakai lebihan simen dia dan simen bercapuk2 dan suku
ajer.Aku pandang tembok belakang umah aku, dgn pasrah. Bini aku
membebel2 ajeq. Aku kata kat bini aku, kita ni berjiran, biarkan. Lagi
pun kat belakang rumah, orang tak nampak.

Aku sebenarnya kalau dia tak tampal aku pun tak marah, janji beritahu
ler ngan aku, Nak kongsi ker atau macam mana. Ini tak, dia janji dengan
aku nak tampal plaster/simen, masalahnya bukan aku yang minta tapi dia
yang janji. Takkan aku nak tanya, berapa nak kena bayar, gila
kerrr..hehehehe. Siapa nak keluar duit .Dia ler yang kena buka mulut
dulu sebab dia yang nak buat. Lepas tu baru aku tanya berapa kena
bayar. Baru cantik jalan cerita.

Yang penting, aku marah sebab dia janji nak simen tapi tak simen. Kalau
dia tak janji, aku pun marah juga ler...sebab nilai berjiran ni. Kalau
nak ikut prosedur dunia memang tak yah simen tapi kalau nak ikut nilai
moral...sendiri lu pikirlah.

Aku tak tahu macam mana selamba dia masa tu. Apa salahnya beritahu kat
aku yang dia tak dapat simen sebab budget lari . Sebab dia yang janji
sama aku nak simen.

Jiran aku pun tak mentioned apa-apa pun pasal hal tembok belakang dan
aku pun tak tanya. Dan sekarang apa dah jadi, orang lain yg buat. Tapi
lagi teruk, depan rumah dia lak.Bila melihat perkara sedemikian, aku
insaf dan bersyukur aku tak marah jiran aku tempoh hari. Pembalasan
sekarang bukan tunggu lama, sekejap ajer. Dan aku dah melihatnya banyak
kali dalam hidup ni. Oleh itu sentiasa tepati janji dan tolong
menolong. Kita akan dapat kebaikannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan