Aku sekarang tengah benggang gila-gila sebab dah 2 minggu aku hadapi masalah ini. Masalah yang agak sukar diselesaikan.
Masalah buntu hingga aku kehabisan idea untuk berfikir.
Masalahnya ialah ada seekor kucing yang suka benar melepaskan bahan kumuhannya ( najis) di depan pintu rumah aku. aku nak amik gambar tunjuk kat blog pun rasa segan..hehehehe.
Pelbagai tindakan aku ambil:
a) Pertama aku cuci lantai umah aku ngan clorox campur sabun, tujuannya untuk hilangkan bau. Orang kata kat aku , kalau kucing dah berak sekali tempat tu..ia akan berak selalu kerana bau tu dah macam trademark dia.
Result: Masih gagal lagi dan masih melepaskan bahan kumuhannya. Hari Sabtu dan Ahad aku jenguk tak ler dia berak...Mungkin Sabtu dan Ahad off time kot.
b) Kedua aku sembur dengan bahan kimia penyembur pokok aku yang agak berbau dengan harapan dia tak lagi melepaskan hajat kat simen rumah aku.
Result : Masih gagal lagi dan paling teruk semalam ajer dua kali dia lepaskan hajat dia. Masa aku balik kerja malam..aku dah ternampak setompok bahan asing warna kelabu (masih cair-cair) kat simen. Sebelum tidur aku nak hisap rokok dalam kul 12.00pm , aku ternampak lagi tompokan asing ( lagi cair---baru melepas ler tu) tu lagi....
Seperti biasa aku ambil scoop dan penyapu lidi kontot aku, aku kaut bahan asing tersebut sambil menyumpah seranah dalam hati. Bawa Scoop aku dan lidi aku kat longkang dan ambil hose air, aku tembak scoop dan penyapu lidi aku. Kemudian aku tembak simen dengan hose air buang kesan-kesan tompokan asing tersebut. Begitulah rutin aku setiap hari.
Bini aku siap sound lagi," Kerja-kerja ini abang buat, Lin (nama manja bini aku) tak nak buat"
"Yalah' aku menjawab.
Dah lah suruh aku kemas bahan kumuhan tu lagi siap sound lagi.
"Abang kaut tak najis tu atau tembak ngan air ajer?" soal bini aku.
Aku jawab" Mestilah abang kaut, kalau tembak terus dengan air bersepah-sepah nanti najis tu. Lin jangan pandang rendah kat abang. Abang dah master kemas tahi-tahi ni.." kata aku dengan jenaka dan geram.
Bini aku senyum sahaja sambil meneruskan hobi dia membaca novel sambil tersenyum sorang-sorang dan kadang2 menangis sorang2. Aku tak paham apa yang sedap baca novel cinta-cinta ini..Novel yang di luar pemikiran realiti kehidupan....hehehehe. Yang membawa manusia kepada alam imaginasi yang bohong...
Sambung balik..
Bini aku kata cara lain ialah siram simen tu ngan minyak tanah untuk hilangkan bau najis kucing ini. So kalau ia berak lagi aku nak cuba siram minyak tanah lak.
Jiran aku lak kata , kau tangkap kucing tu dan buang jauh2. Masalahnya aku tak pernah jumpa wajah kucing tu. Kalau jumpa bukan aku buang dia.Aku sunatkan kucing tuuuu...
Member aku lak kata, kalau nak buang kucing tu sapu minyak tanah sedikit hidung dia, mengelakkan dia pulang semula.
Member saku sorang lagi kata, kalau dia berak kat tanah, buang tanah yang dia buang najis dia tu. Dia buat berjaya.
Harap hari ini aku tak mengemas najis tu... balik dari kerja... kena basuh tahi... nak pergi kerja..kena basuh tahi...pehhh!!! suwey macam ni....Orang pagi2 pi kerja pagi-pagi baca doa..aku ....
0 Ulasan