Makanan Sihat 2 VS Karakter Jenis Darah

Makanan Sihat 2 VS Karakter Jenis Darah

darah
Sambungan Makanan Sihat 2 - Buku  + Ulasan Karakter Darah Untuk Diet.Makanan sihat terbaik bagi manusia terdiri 20% asid dan 80% alkali.
Makanan yang terlalu banyak asid akan menyebabkan penambahan toksin. Apabila toksin terlalu banyak maka tubuh terpaksa mengambil kalsium dari tulang. Bila kalsium kurang maka masalah tulang akan wujud.

Penulis juga ada menerangkan punca-punca penyakit terdiri daripada:
a) Makanan
b) Emosi
c) Ubat-ubatan
d) Alam Sekitar
e) Risiko kerja
f) Genetik

Penulis menulis tubuh perlukan
a) Protein
b) Karbohidrat
c) Lemak
d) Serat
e) Air
f) Galian
g) Vitamin
Galian dan Vitamin dipanggil makronutrien. Oleh itu tubuh tidak memerlukan kuantiti yang terlalu banyak.

Selain itu saya mendapati penulis juga mengatakan Kalium dan Sodium amat penting dalam peranan penyakit.
Di sini saya susah nak memahami kata-kata penulis kerana saya difahamkan asid dan alkali punca penyakit. Tetapi bila dibaca secara mendalam kita akan memahami bahawa:
Jika Kalium tinggi dan Sodium rendah - maka ia bersifat alkali
Jika Kalium rendah dan Sodium tinggi - maka ia bersifat asid
Penulis ada memberi senarai makanan yang tinggi sodium dan alkali - sebagai contoh sayuran/buahan ( alkali) dan daging sodium tinggi.

Kesimpulannya paras Kalium harus 2 kali lebih tinggi dari Sodium. Pemakanan kalium yang banyak baik untuk kesihatan.
Ulasan:
Lebihkan alkali, kurangkan asid
Ubah tabiat makanan adalah langkah pertama dalam menjadi sihat:
a) Tukar beras putih kepada beras perang
b) Protein haiwan kepada protein tumbuhan
c) Tinggalkan susu dan barangan tenusu
d) Tinggalkan pemakanan tinggi kolesterol
e) Banyakkan ambil sayuran dan buahan
Disini penulis menceritakan pengalaman beliau yang makan terlalu banyak buahan menyebabkan badannya sejuk walaupun cuaca panas.
f) Kurangkan gula
g) Tukar garam buatan kimia kepada garam laut semulajadi
h) MSG kepada Miso
i) Sos buatan kimia kepada sos semulajadi
j) Elakkan pemakanan makanan/minuman ringan yang mengandungi bahan kimia
k) Guna sedikit minyak
l) Minum air bersih
Ulasan:
Item c saya kurang setuju sedikit kerana pemakanan tenusu dari pandangan penulis adalah penternakan sekarang menggunakan bahan kimia dalam bidang tenusu. Jika anda mempunyai sumber tenusu asli dan bebas bahan kimia, saya rasa OK.

Jika anda amalkan pemakanan sihat tapi masih sakit lagi kerana:
a) Genetik
b) Pengaruh alam sekitar fizikal - tempat kerja dan tempat tinggal
c) Pengaruh alam sekitar sosial - tekanan kerjadan hubungan keluarga
d) Pengaruh tabiat - rokok
e) Pengaruh ubat
f) Pengaruh keagamaan
Dan umur memainkan peranan juga- bila umur meningkat antibodi dan kekuatan juga menjadi rendah.


ULASAN KESELURUHAN:
a) Tidak setuju vegetarian sebagai sumber makanan sihat kerana daging /ikan juga ada sumber
b) Sususnan antara asid,alkali,kalium dan sodium agak kelam kabut jika dibaca secara terus
c) Pembuangan toksin boleh dikeluarkan melalui beberapa cara seperti perkumuhan, senaman dan makanan beralkali.
Disini saya ingin memberi pandangan pemakanan sihat yang diberikan oleh penulis boleh dikaitkan dengan jenis darah untuk kesihatan. Sila baca blog saya berkenaan jenis darah untuk pemakanan sihat dan dietm baru-baru ini.
Satukan pendapat beliau mengenai makanan yang sesuai dimakan dan bandingkan dengan jenis darah makanan yang tidak sesuai dimakan.
Itu kadangkala pendapat saya walau pun seseorang itu kurus atau dari luaran nampak sihat tapi lemah, ini kerana pemakanan tidak betul. Dan jika beliau amalkan pemakanan yang betul tapi tidak sesuai dengan jenis darah anda.
JENIS DARAH DAN MAKANAN SIHAT BERKAITAN DAN PENTING.....


Pergi kepada blog Dr. Lim untuk mambaca kebih lanjut Makanan Sihat Sebagai Ubat
http://drlimhinfui.blogspot.com/2010/08/diary-138-two-health-talks-in-one-day.html

Pergi ke laman ini untuk mendapat maklumat jenis darah yang sesuai untuk pemakanan
http://www.thenaturalhealthplace.com/Articles/BloodTypeA.html





Catat Ulasan

0 Ulasan