Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hanif Idrus.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Hanif Idrus.

Selamat Hari Raya Adilifitri di ucapkan kepada pembaca blog Hanif Bin Idrus.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan oleh umat Islam sahaja tapi rakan- rakan yang bukan beragama Islam juga sebagai tanda muhibbah dan perpaduan bangsa negara ini.

Sepanjang bulan berpuasa ini, Hanif Bin Idrus Blog telah berjaya menulis beberapa artikel yang santai untuk rakan-rakan pembaca seperti:
a) Puasa Dan Diet
b) Puasa Dan Kemerdekaan
c) Puasa Dan Hujan
d) Puasa Dan Bazar Ramadhan
e) Puasa dan Rokok
f) Puasa Dan Mercun
g) Puasa Dan Cat Rumah
Diharap gembira artikel yang dipaparkan khas untuk semua pemabaca yang ada. Jika ada sebarang ayat yag mungkin mengguris hati, saya ingin menghulurkan seribu kemaafan kepada semua.

Sambil menulis ini aku tersenyum sorang-sorang sebab ayat "pembaca"...hehehehe.. Nak tulis pembaca, rakan-rakan atau  penyokong aku pun konpuis. Kang tulis penyokong kang kata si Hanif pun perasan ada penyokong. Tapi kalau aku tulis pembaca... perasan lak, ramai yang suka baca blog dia. Lalu aku pilih pembaca kerana lebih formal sempena nak dekat raya ini..hehehe.
Berbalik pada topik asal kita.

Sempena Hari Raya Aildilfitri dan semoga di hari yang mulia ini akan mengeratkan lagi hunbungan antara kita.
Di hari Raya yang mulia ini ku susun sepuluh jari jika
Di sebalik gurauan  pasti terselit kesilapan yang tidak disengajakan.
Di sebalik berbicara dan bertegur sapa pasti terpalit kealpaan yang tak dijangkakan.
Di sebalik tinta ini menulis pasti terhampar sebuah luka di hati.
Saya memohon maaf zahir dan batin.

Jika hati sejernih air, jangan biar ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati selembut salju, usah biar ia beku
Jika hati sewangi kasturi, biar ia terus mewangi
Jika hati seindah bulan, biarkan ia terus bersinar terang.

Jika pulang ke kampung pandu dengan hati-hati dan ingat keluarga tercinta. Jangan lupa sediakan uang untuk diberikan pada anak-anak buah yang ramai datang . Kang dia orang kata . makcik atau pakcik kedekut..huhhuhu...
Akhir kata, saya mengucapkan selamat hari raya Aildilfitri. Dan jutaan terima kasih diucapkan selama ini menyokong Hanif Bin Idrus Blog ini. Dan terima kasih atas segala komen yang diberikan pada Hanif Bin Idrus Blog ini. Kepada semua pembaca samada di Malaysia atau di luar Malaysia (aku tau kau semua mesti kata aku perasan..tapi ini yang benar dong), amalkan perpaduan sempena Hari Raya ini. Lupakan sementara sengketa hati  sempena bulan yang mulia ini.

( Hanif Bin Idus Blog cuti  09.09.2010 -13/9/2010 )- nak makan banyak 2 dan relax. Untuk pengetahuan diet hanya berjaya kurang 2 kilo. Berat aku sekarang 90kg..Masih dalam angka 9 lagi..wehhh. Lepas raya pasti naik lagii....

Catat Ulasan

0 Ulasan