Kisah Benar!!!
CERITA TV ROSAK DAN BUKU
16.09.2010
Cuti Hari Malaysia dan jalan-jalan sama anak dan keluarga orang rumah aku.
Untuk pengetahuan pada 16/09/2010 malam tu balik dari jalan-jalan, TV umah mak mentua aku rosak. Pehh!!! bayangkan kehidupan tanpa TV. Pukul 9pm tak tahu nak buat apa. Aku dalam keadaan separuh panik, mata dah biasa tidur kul 12.00 malam ke atas.
So aktiviti malam tu di isi dengan pembualan kosong dan aku terpaksa membaca buku adik ipar yang telah berhabuk kat bilik tidur aku. Tajuknya ialah "Makanan Sihat Sebagai Ubat". Aku baca secara pantas sahaja dan ia mula menarik perhatian aku.
17.09.2010
Aku kerja pada hari Jumaat. Balik kerja beli kek dan KFC, anak jantan aku punya besday. Sampai umah makan-makan dan borak-borak. TV masih rosak lagi. Adik ipar aku dah hantar kedai untuk diperbaiki namun tidak di ketahui bila boleh siap.
Berbual sampai kul 11.00pm, aku masuk bilik dan sambung baca buku itu hari. Kali ini aku baca detailed lak.. Buku ini semakin menarik minat aku...
18.09.2010
Balik umah mak aku. Tak baca buku.
19.09.2010
Kul 5.00pm balik umah mak mentua aku. Sampai sana lepak-lepak baca surat khabar.Kul 6.00pm aku baring-baring jap. Malam aku dan anak aku buat puzzle game. Lepas tu aku mula membaca buku 'Makanan Sihat" dan kali ini aku buat nota lak.
Dalam kul 11.00pm aku siap baca dan buat nota...
Lepas tu tidur.
Untuk pengetahuan mak mentua dah masuk tahap tension sudah 4 hari tak der TV. Aku dapat bayangkan ke tensenan mak mentua aku. Manakala adik ipar aku sibuk membaca novel2 cinta "Pergilah Air Mata" Aku dengar 2 hari dah setel baca novel tebal tu..
Anak jantan aku dah mula paham buat puzzle kakak dia ajar...Tapi blum pandai sangat ler..(nanti aku cita)
Kesimpulannya...
Jika TV rosak...kita sebenarnya mempunyai masa yang terlalu banyak dalam mengurus masa kita. Hingga tak tahu nak buat apa dengan masa yang terluang.
Bayangkan jika sebulan tiada TV,pelbagai kemungkinan akan berlaku.
Aku sendiri sahaja dah terpaksa membaca buku untuk mengisi masa terluang aku ni.
Adik ipar aku baca novel cinta ..2 hari dah siap.
Interaksi antara manusia lebih kuat kerana masa yang ada kita gunakan berbual sesama sendiri.
Pengaruh TV memang cukup kuat dalam kehidupan kita....Semalam aku rugi tak dapat tengok cerita JinNitti...waaa,waaaa...waaaa...
0 Ulasan