(INI SAYA AMBIL DARI ARTIKEL KAWAN SAYA E-MAIL) HANYA UNTUK TATAPAN DAN FAHAMAN SAHAJA.
Panas: Wajah Sebenar "Dua Suspek Utama" Kes Bunuh Sosilawati Terbongkar, Soalnya Kenapa Identiti Mereka Semua Masih Dirahsiakannya !!
Sudah beberapa hari suspek utama kes pemunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijejaki. Malah, suspek yang dipercayai merupakan seorang "Peguam yang bergelar Doktor", adiknya serta enam yang lain telah pun dikenalpasti. Biar pun ia masih belum "disahkan", namun umum mengetahui bahawa kesemua suspek bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya India. Tambahan mula terdapat banyak laman blog yang menyiarkan wajah sebenar suspek ketika ditahan oleh pihak polis. Anehnya, media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia masih "berselera" untuk merahsiakan identiti suspek kepada umum. Kenapa ini berlaku?. Apakah dek kerana suspek mempunyai hubungan cukup rapat dengan kepimpinan UMNO BN Selangor, maka identiti beliau yang sebenarnya perlu dirahsiakan. Sedangkan, dalam kes-kes sebelum ini setiap suspek yang berjaya diberkas pasti akan didedahkan identitinya oleh pihak terbabit. Malah, mereka masih gemar membuat rakyat tertanya-tanya dalam setiap kenyataan yang dibuat. Antaranya, masih menggunakan "suspek yang dikehendaki" tanpa memberitahu identiti sebenar. Malah dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, jelas mengatakan "Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu. Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat. Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut", lapor muka depan akhbar arus perdana terbabit. Soalnya, kenapa mahu dirahsia sedangkan maklumat tentang suspek sudah pun dibocorkan.
Kenapa Begitu Sukar Dedahkan Identiti Suspek
Soalnya sekarang, kenapa begitu sukar untuk pihak terbabit "melaporkan identiti suspek" berkenaan. Kesukaran ini menimbulkan kemuskykilan dan keraguan, seolah-olah ada perancangan lain yang mahu dibuat terhadap kes ini. Mungkinkah akan berlaku lagi kehilangan "rekod perjalanan ke Malaysia" seperti yang berlaku terhadap Altantunya Shaariibuu dulu agaknya?. Atau mungkinkah ada orang lain yang akan dijadikan "kambing hitam" sebagai suspek utama kes ini, akhirnya suspek utama terlepas. Ini sesuatu yang menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Soalnya juga, apakah istilah "suspek paling dikehendaki" masih boleh digunakan terhadap "suspek yang sudah mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan telah menunjukkan tempat mereka melakukan perbuatan jenayah itu". Sedangkan segala bukti-bukti kukuh jelas mengaitkan mereka dengan kes berkenaan. Wajarkah kes seperti ini perlu dirahsiakan kepada umum?. Kenapa pihak polis begitu sukar untuk mendedahkan identiti suspek kepada pihak media. Mereka telah melakukan siasatan dengan cepat terhadap kes ini, tetapi masih terlalu lambat untuk umumkan identiti suspek kepada umum. Ia menyebabkan umum tertanya-tanya tentang siapakah rakyat Malaysia yang tergamak melakukan perbuatan sedemikian rupa. Dasyat dan kejam!. Itulah gambaran yang boleh kita huraikan terhadap kes ini. Mereka rupanya belajar tektik membunh daripada apa yang terjadi terhadap kes Altantunya suatu ketika dulu.
[Justeru itu, rakyat amatlah berharap agar pihak terbabit lebih jujur melaporkan berita. Kenapa perlu disembunyikan jika memang benar mereka semua suspek yang paling dikehendaki. Rakyat ingin tahu, bagaimanakah seorang suspek kes jenayah boleh mendapat anugerah "Datuk" dengan begitu mudah dalam usia yang muda. Malah, kita juga terkejut dengan pengakuan suspek bahawa memang sudah ada beberapa siri pembunuhan yang sama di kawasan terbabit sebelum ini. Masalahnya, kenapa pihak polis gagal menjalankan siasatan andainya ada laporan kehilangan seperti yang berlaku terhadap Sosilawati Lawiya ini?. Maknanya, penjenayah itu memang mempunyai satu kumpulan pembunuh yang sudah diupah bagi menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak bersetuju atau menjadi musuh perniagaan mereka. Bukankah ini tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Tambahan pula disaat-saat Ketua Polis Negara, Musa Hassan pencen semalam. Agaknya, inilah hadiah paling istimewa sempena persaraan KPN yang telah gagal melaksanakan tanggungjawab beliau selama ini. Semua ini menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat sekarang].
Kes pembunuhan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kini semakin hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia seantero dunia. Ramai yang terkejut kerana kes jenayah ini berlaku tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari yang lalu. Kehilangan yang dilaporkan pada awalnya, kini menjadi satu mimpi ngeri yang sukar untuk digambarkan. Tambahan pula dengan terjumpanya mayat rentung yang dipercayai keempat-empat mangsa yang hilang tersebut. Malah, lebih mengejutkan apabila pihak polis akhirnya berjaya menahan beberapa orang suspek kes berkenaan termasuk seorang "Peguam bergelar Datuk" dan adiknya. Maklumat ini sungguh menggemparkan, pabila orang yang diharapkan memeprtahankan keadilan dan undang-undang tiba-tiba disabitkan sebagai suspek pembunuhan ngeri berkenaan. Bukan sahaja mayat keempat-empat mangsa dibunuh dengan kejam, malah abunya juga dibakar dan dicampakkan ke laut. Dengan perkembangan ini, ia membawa erti pastinya kes pembunuhan misteri ini bukan dilakukan oleh orang Melayu, sebaliknya kaum lain (berdasarkan kaedah membakar mayat dan abunya dibuang). Kes ini lebih hebat daripada apa yang berlaku terhadap wanita Monggolia Altantunya Shariibuu beberapa tahun yang lalu. Cuma bezanya, Altantunya diletupkan dengan bom C4 sebaliknya Sosilawati dan tiga yang lain dibakar hingga rentung dan abunya dibuang di sebatang sungai di Ladang Gadong, Tanjong Sepat Banting.
Bagaimana Suspek Boleh Dapat Gelaran Datuk
Apa yang memusykilkan kita, sehingga ke hari ini media masih merahsiakan identiti "Datuk" berkenaan. Malah, ramai yang terkejut apabila sebelum ini telah ada kes pembunuhan yang sama dalam kawasan di mana pembunuhan terhadap keempat-empat mangsa berlaku. Maknanya, jenayah yang dilakukan oleh suspek berkenaan cukup berbahaya. Soalnya, bagaimana beliau boleh mendapat gelaran "Datuk" dalam usia yang cukup muda. Ramai yang mempersoalkan kewajaran ini. Bagaimana ini boleh berlaku, malah kerja-kerja jahat yang beliau lakukan itu pula dipercayai mendapat "perlindungan" daripada pemimpin politik di negeri Selangor. Jika ia benar, siapakah pemimpin politik terbabit?. Apakah ia melibatkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru memerintah Selangor atau Kerajaan UMNO BN yang telah berkuasa sejak sekian lama di negeri itu?. Perkara ini haruslah didedahkan, agar rakyat tahu siapakah dalang disebalik "kekuasaan dan kekejaman" yang dilakukan oleh "Datuk" terbabit. Apa yang berlaku seolah-olah cerita biasa yang kita lihat dalam kebanyakkan filem Hindustan dan Tamil yang sering ditayangkan di kaca TV negara kita. Maknanya, penjenayah terbabit belajar taktik dan taknik membunuh melalui filem-filem berkenaan. Lantaran itu, kita tidak hairan "tembok besar" didirikan di sekeliling kawasan Ladang Gadong berkenaan. Maknanya, barang sesiapa yang telah dibawa masuk ke kawasan terbabit pasti tidak akan selamat. Mereka boleh dibunuh bila-bila masa sahaja dan mayatnya akan dijadikan abu untuk dihanyutkan ke sungai berdekatan. Makanya, siapa yang tahu kerja jahat penjenayah ini. Mujurlah kes terbaru ini melibatkan seorang tokoh usahawan dan jutawan wanita terkenal di negara kita. Jika tidak, sudah pasti rahsia jenayah kesemua mereka ini tidak akan dapat dijejaki. Sebab mereka melakukan modus operandi ala-ala filem itu sebenarnya.
Suspek Kes Bunuh Sosilawati Pernah Di Gantung
Biarpun umum masih belum mengetahui siapakah sebenarnya Peguam bergelar "Datuk" yang dikatakan suspek kes bunuh Sosilawati dan tiga yang lain. Namun, di banyak laman-laman blog kini sudah dipaparkan wajah suspek berkenaan. Malah ada juga maklumat yang mengatakan suspek tersebut pernah dikenakan tindakan oleh Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, dimanaka mereka telah digantung amalan guaman selama satu tahun mulai 9 Mac 2007 hingga 30 Mac 2008. Mereka yang terbabit ialah Peguam Datuk Pathmanabhan a/l Nalliannen, adiknya Surendren a/l Nalliannen dan proksinya En Umar Baki Bin Abdul Majid. Mereka dikenakan tindakan dalam Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976. Pathmanabhan dan Surendren ketika itu menjalankan operasi mereka di Tetuan Pathma Nalli & Partners, No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad, 42700 Banting Selangor. Sementara itu Umar Baki pula beralamat di Tetuan Umar Baki & Co., No. 3348, Tingkat 1, Jalan 18/32, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan. Tindakan tatertib tersebut bertarikh 31 Mac 2007 dan telah ditandatangani oleh Lim Chee Wee, Setiausaha Majlis Peguam. Kesemua mereka tidak layak untuk jalankan amalan guaman dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihati mengambil perhatian tentang perkara itu.
[Dengan pendedahan ini, apakah pembunuh yang dimaksudkan itu adalah "Datuk Pathmanabhan"?. Berdasarkan kepada gambar-gambar suspek yang disiarkan dalam kebanyakkan akhbar arus perdana, ternyata memang tidak salah lagi gambar tersebut ialah beliau. Jika benar, kenapa media arus perdana tidak berani untuk menyiarkan "identiti" penuh suspek berkenaan agaknya?. Apakah kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin politik tertentu, makanya identiti beliau terpaksa dirahsiakan. Apakah tragedi pembunuhan Noritta Shamsuddin yang menyaksikan tiada siapa akhirnya didapati bersalah selepas Haneff Basri dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sedangkan sebelum itu kita dihebohkan dengan satu penemuan oleh pihak berkenaan bahawa terdapat suspek yang merupakan pemimpin bergelar "Datuk" terlibat dalam kes tersebut. Akhirnya kini semuanya bebas dan tidak dijatuhkan apa-apa hukuman. Apakah senario yang sama akan berlaku terhadap Sosilawati kali ini. Justeru itu, harapan kita agar pihak polis dapat mengumumkan siapakah sebenarnya suspek pembunuhan ngeri tersebut. Biar rakyat mengetahuinya daripada terus tertanya-tanya dan masih berteka-teki tentang hal itu sehingga ke hari ini].
Sosilawati Dibunuh Kerana Saingan Perniagaan Dan Urus Niaga Kewangan, Polis Tahan Peguam Bergelar Datuk, Adiknya Dan Enam Suspek Lain
BANTING 12 Sept [8.25 pm] – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (foto) berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang. Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini. Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam. Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.
[Apa sudah jadi dengan undang-undang di Malaysia. Kes ini semakin menggemparkan apabila manusia yang diharapkan melaksanakan undang-undang tergamak pula membuat jenayah pembunuhan kejam seperti ini. Semuanya dek kerana perasaan iri hati dan dendam serta wang ringgit semata-mata. Jika inilah sikap peguam terbabit, maka apakah kita boleh percaya dengan peguam-peguam yang bekerja untuk duit semata-mata terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang?. Mereka tergamak melacurkan amalan perguaman untuk kemewahan dan duniawi semata-mata. Soalnya, siapakah "Datuk" terbabit. Malah, kita juga terkejut begitu cepat sekali pihak polis menjalankan penyiasatan kes ini dan berjaya membongkarkannya. Sedangkan dalam banyak kes lain hingga setakat ini penjenayah masih bebas sebenarnya. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada adik Sharlinie dulu. Beliau juga dibunuh kejam, tetapi apakah kerana dia anak pemandu teksi maka kesnya dilambat-lambatkan?. Apakah kerana Sosilawati itu seorang Jutawan terkenal, maka kesnya dipercepatkan. Ternyata ramai juga yang kecewa dengan senario ini. Bukankah banyak kes jenayah lain yang masih tergantung sehingga ke hari ini. Malah, apakah enam pekerja ladang akan "dikambinghitamkan" dalam tragedi ini. Sama seperti Sirul dan Azilah dalam kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu dulu!!].
0 Ulasan