Blog berbahasa Melayu tiada pasaran. Itu yang aku baca dalam blog berbahasa inggeris dari Singapura yg beri komen tentang gengblogger masa aku tengah buat kajian tentang gengblogger.
Penulis berkata bahasa global dunia adalah bahasa Inggeris dan apa logiknya tulis blog dalam bahasa melayu. Betul gak bila di fikirkan. Tambah-tambah lagi entri terbaru aku tajuk "Technorati dalam bahasa Inggeris" mengukuhkan pendapat beliau.
Tapi penulis juga berkata pasaran bahasa Melayu luas termasuk Malaysia dan Indonesia. Di sini aku tak menyokong sesiapa kerana masing2 punyai pendapat tersendiri.
Bagi aku, minat dalam blog Melayu kerana selesa dan mahir dengan bahasa ini. Kalau aku buat blog Inggeris mahu tunggang langgang blog aku..hehehe.
Lagi satu jika ada blog bahasa melayu akan menambahkan lingua franca utama bahasa melayu di dunia siber.
Ketiga, pasaran bahasa melayu luas, aku sebenarnya tak suka guna istilah bahasa melayu tapi lebih suka guna bahasa nusantara. Bahasa nusantara jika digabung hanya MALAYSIA dan INDONESIA jumlah penduduk lebih 200 juta!! Luas pasaran tu.
Aku malas betul dgn orang macam tu, bangga sangat dgn bahasa global dia. Bahasa Cina kalau nak ikutkan ada 600 juta penduduk. Bahasa India pun sama dan kalau nak tahu bijak pandai komputer banyak dari India. Apa salahnya ber blog dalam bahasa ibunda kita. Itu masing2 punya strategi dan minat.
Kena ingat tujuan blog adalah passion kita dan hala tuju kita. Pagerank juga penting tapi apa mau takut jika entri anda ada kualiti. Tgk sajer ariff.shah blog ada 1 juta pageview. Gengblogger trafic tertinggi dalam Alexa. Sampai kena Malware lagi...Itu yg aku baca.
Blogger ini juga utarakan pendapat beliau tentang bloh bahasa Melayu- baik untuk dibaca
http://rahsiablogger.com/tips-blog/blog-bahasa-melayu-mampukah/ - ditulis pada 2007 dan kita boleh menilai perkembangan sekarang tahun 2010
0 Ulasan