Kamera baruku dan new entry "Melaka View"

Kamera baruku dan new entry "Melaka View"

Setelah 3 minggu menunggu dengan penuh sabar akhirnya semalam dapat juga
kamera yang aku order. Betul orang tua-tua kata penantian ini satu
penyeksaan.
Aku beli kamera murah ajer Canon EOS 1000D, members aku rekemen kan kat
aku. Dia kata kamera yang baik dan murah adalah Canon.
Lagi satu Canon punya aksesori juga murah berbanding ngan kamera canggih
yang sewaktu dengannya.
So aku cuma kurang lensa yang panjang dan external flash untuk
melengkapkan gaya sebagai seorang jurugambar..hehehehe.
Tujuan aku nak buat satu lagi laman web untuk blog aku bertajuk "Melaka
View" akan jadi kenyataan. Mungkin aku akan start bulan depan kot.
Sambil bergambar dapat bawa anak-anak round tempat-tempat pelancongan di
Melaka yang hampir bertahun-tahun aku tak pergi walau pun dekat rumah aku.
Kalau tak rugi ajer beli kamera tu....betul tak?
So aku ada attach gambar kamera baru aku. Bukan berlagak tapi aku
betul-betul tengah excited ni. Semalam aku amik kamera tu, ingatkan nak
pulang tengok kat rumah. bini aku lak ajak makan Chicken Chop
lak..haaa!! Jiwa tak tenang broo...masa jalan punya lambat. Tapi aku
cuba kontrol gak muka cemas aku depan bini aku..Aku rasa bini aku
sengaja nak dera aku kot..
Sebelum tu thanks to all my friend yang telah berjaya meracun aku dengan
baik..and Mr. Thin don't forget your promise to download your knowledge
to me...
Mr. Razak bila mahu join the club...sekarang aku lak nak racun
dia.....!!!!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan