Kilang Annual Dinner -penat!!

Kilang Annual Dinner -penat!!

Hari ini memang penat giler..pagi-pagi dah keluar cari bahan untuk Annual Dinner kilang aku tak lama lagii..
Setiap tahun kilang tempat aku bekerja ni ada Annual Dinner dan semestinya ada acara untuk pekerja-pekerja kilang aku. Dan yang aku fahamkan Annual Dinner ini untuk menghargai operator yang penat bekerja bertungkus lumus dan syarikat setiap akhir tahun anjurkan majlis untuk mereka.
Manakala kami sebagai staff harus support usaha itu...

So tahun ini kami ada 3 acara..
Acara utama "Miss TKR", (kilang aku nama TKR),
Kedua "Tiru macam Saya" - operator aku nak jadi Lady Gaga.
Ketiga "Group Menari"

Tahun ini yang agak kelam kabut ialah Group menari..lagi 3 minggu nak Dinner tak ader group lagi...Aduh!!! mahu tak mahu terpasa select operator dan hantar ke kelas menari.
Dah menari baju lak tak der...hari ini aku jadi Mat Drebar hantau cari baju...tahu2 ajer ler pompuan belek punya belek..akhirnya selesai.
Pergi lak hantau kelas menari, tiba2 boss telepon kenapa tak balik lagi sebab boss besar dah bising.
So, aku pendekkan kelas dan hantau budak2 ni dan sampai kilang kul  5.30pm.

Budak-budak menari ini, aku agak risau gak sebab step belum mantap lagi. So tadi aku dah sound budak2 ni , sok malam training sampai pandai. Aku bawa bini aku yang kuat membebel tu sekali...Siap dia orang lepas ni...!!!!!!!!

Pemeriksaan dilakukan oleh staff untuk mengesahkan kualiti rambut.
Sebenarnya dalam kul 9.30am aku dah keluar, aku keluar solo carikan bahan untuk "Tiru macam saya". Mula-mula aku pergi amik rambut palsu. Aku tengok rambut tu tak macam Lady Gaga jer (lihat model peragaan). Kemudian aku tercari-cari shining dust dan tattoo sticker nak lekatkan kat badan Lady Gaga. Aku mana ler tahu, last-last jumpa gak..

Lepas jumpa tu semua aku hantau ke kilang dan kemudian baru aku amik Group Penari aku...
Penat hari ini, tapi semua kerja selesai ler..cuma dia orang minta cari bulu-bulu gantung kat leher aku tak jumpa...hehehehe.

Annual Dinner akan diadakan pada hari Sabtu ini 30.10.2010. Harap-harap semua acara kita menang...Berangan ler tuuuu....kekekekeke.

Catat Ulasan

0 Ulasan