Kisah Pangkin Tua: Uncle NG CHIN PING telah meninggalkan kita.]

Kisah Pangkin Tua: Uncle NG CHIN PING telah meninggalkan kita.]

Jika anda pernah membaca kisah pangkin tua, Kisah pangkin 2 dan Kisah pangkin 3. Anda pasti mengenali warga emas pangkin tua. Hari ini aku cuti sebab ada urusan dengan org tua aku. Aku tiba di rumah orang tua aku dan lihat ada khemah di dirikan di sebelah rumah aku dengan hiasan serta alat keagamaan Cina.
Aku tanya pada ibu aku, "Mak apa hal kat sebelah"
Mak aku terangkan bahawa NG CHIN PING telah meninggal dunia.

Aku tidak terkejut kerana sejak 2 minggu lepas dia telah menunjukkan tanda2 seperti tidak mampu berjalan kerana kaki lemah. Minggu lepas dia di masukkkan ke hospital dan anak2 dia di beritahu oleh doktor harapan tipis. Uncle Ng Chin Ping telah menghembuskan nafasnya pada hari Selasa 5.10.10 pada umur 85 tahun. So aku pun melawat uncle yg sering beri aku rokok Dunhill, dia, aku ucapkan takziah pada keluarganya. Dan berikan sedikit sumbangan. Auntie tak mahu terima kerana mak aku ada juga berikan. Aku kata" Itu mak i, ini saya kasi. Uncle ngan i kawan baik maa". Auntie senyap dan terima sumbangan aku.

Aku sempat melihat keranda Uncle ajer dan anak dia beritahu Sabtu ni nak bakar kat Jelutong. Saya kata uncle ini orangnya hati banyak baik, pergi pun banyak senang tak ada sakit2 tanpa susahkan keluarga. Ni  balasan orang yang baik. Anak uncle Min Chong kata sori tak dpt lihat ayah. Keranda dah kena gam. Aku kat tak per. Tapi dia tunjuk kan gambar Uncle, dia kat ni gambar baru ambil dalam bulan ni. Dia tanya kat aku" Sama tak muka dia masa hidup" Aku angguk kan kepala.  Lepas tu aku pun beredar, tiba2 auntie kerja aku kasi sampul merah. Dia kata kasi "ong" atau nasib baik. (lihat gambar)

Begitulah kehidupan manusia, yang hidup pasti mati. Yang pasti pangkin tua yg baru itu adalah legasi Uncle NG CHIN PING.

Dan tadi pun aku ada borak2 ngan anak uncle aku tanya berapa kos urus kematian. Dia kata RM10 ribu. Mahal aku kata. Dia kata beli keranda mau RM2000, sewa urus mayat dan tempat persemadian RM3000. Itu tak termasuk khemah2, acara keagamaan dan lain2. Aku tanya kenapa tak buat kat Kelab. Dia tak mahu kerana kat rumah semua kawan2 dia boleh jenguk. Aku rasa orang Melayu yg dtg jenguk aku jer kot. Kawan lepak uncle Tok Amat pun tak jenguk. Mgkn persepsi pergi ke kematian bangsa lain tak blh kot. Pandangan kolot yg terikat pada minda. Malas aku nak fikir bende2 ni, yg penting aku lawat uncle kerana aku terlalu hormatkan dia. Jika hormatkan seseorang, tak kira apa agama atau bangsa, untuk aku niat yang penting. Mungkin aku ni sejak kecil dah ramai bercampur semua bangsa dah paham adat dia, tu sebab tak kisah. Uncle Ng Chin Ping I Will Miss U.

Catat Ulasan

0 Ulasan