Melaka Maju 2010

Melaka Maju 2010

Melaka cuti hari ini tapi hanya budak-budak sekolah dan kakitangan kerajaan ajer ler..
Aku yang kerja swasta ini kena kerja..tu ler pagi-pagi tadi masa aku drive kosong ajer jalan..

Cuti hari  ini adalah menyambut Melaka Maju 2010 kat Stadium Hang Jebat. Minggu lepas dah start pra- sambutan dengan acara larian dan berbasikal..
Aku rasa bangga kerana Melaka dan mencapai kemakmurannya dan dibuktikan dengan pengiktirafan Melaka Maju pada tahun ini.

Dan perubahan yang aku lihat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ialah pembangunan ekonomi Melaka begitu rancak terutama industri pelancongan.
Kalau semua nak tahu, negeri Melaka amat kurang hotel kerana begitu ramai pelancong yang datang ke sini. Sekarang ni kalau anda ke Melaka, dapat lihat hotel sana sini rancak dibina.
Perniagaan hiliran semakin banyak disebabkan pelancongan...Memang best Melaka ini.
Sebab tu aku beri-ria nak buat website "Melaka View" ni..

Satu lagi pendekatan berani oleh KM yang aku hormati ialah penubuhan Sekolah Harapan..Tak payah aku cerita lebih2 pasal hal ini..
Walau apa pun, tahniah buat Melaka sebagai Melaka Maju .
Aku sebagai anak watan Melaka berasa bangga walaupun tak dapat hadiri majlis ini..

Lupa lak..sesapa yang pergi majlis malam ini berpeluang memenangi cabutan bertuah ..hadiah pertana sebuah rumah yang harga RM100,000++.
Datang jangan tak datang.

Catat Ulasan

0 Ulasan