Minat membaca anak datang dari ibu bapa

Minat membaca anak datang dari ibu bapa

Semalam aku pergi Jaya Jusco kat Melaka. Bini aku ngan anak kecik aku pergi jalan-jalan cari baju untuk nak pakai Annual Dinner ini.
So aku bawa yang besar tu ikut aku..Anak Bapa..hehehehe..
Kadang-kadang bini aku kata aku ni terlalu pilih kasih ngan anak pompuan aku yang besar tu...Aku bukan pilih kasih tapi senang interaksi ngan anak yang besar.
Kalau yang kecik tu, susah nak kawal..budak kecik katakan. Tu aku malas nak bawa jalan-jalan.

Aku terus bawa ke kedai buku Popular kat Jaya Jusco..anak pompuan aku beria-ria ajak aku main game.
Aku kata " Sekejap ajer, beli barang abah dulu kemudian kita main game"..
Anak aku kata " Sekejap ajer yekk". Aku menganggukkan kepala sambil menyangkut kamera baru aku kat bahu anak aku.
Berat lak rasanya nak bawa..apa guna kalau bawa anak tak tahu gunakan perkhidmatan dia...hehehehe.

Aku sebenarnya nak beli buku tentang web side, aku sekarang pening tentang blog aku secara keseluruhannya tak begitu memberi impak yang kuat.
Aku nak cari satu buku yang lengkap dan tak payah aku nak korek-korek laman web. Kadang- kadang aku jumpa term2 baru komputer secara tak sengaja, time tu aku mula mencari..
Kalau tak jumpa, aku tak tahu ler..
Aku pun masuk ler kedai buku tersebut..cari punya cari ..aku jumpa bahagian Internet kat bahagian rak kecik. Anak aku lak sibuk belek buku kanak-kanak kat sebelah rak sana. Aku dok perhati gak, takut kamera aku hilang. Bukan boleh percaya..mahal maa..

Cari punya cari tak ada yang menambat hati dan juga pilihan yag ada terlalu sikit. Aku  pun ajak anak aku belah...
Tiba-tiba " Abah, beli buku ini, Hanis nak baca". sambil ia membelek buku kanak-kanak yang agak tebal mukasurat- dalam 238 muka kot.
"Hanis nak ikut macam mama, tiap-tiap hari baca buku.."dengan beri-ria ia berkata.
"Iskkk...kau tahu baca ker..kang abah beli rugi ajer kau tak baca.." Aku membebel.
Sambil membebel aku lihat buku tersebut..aku tukar dengan buku yang lebih besar dan ada gambar .
Aku berkata " Kau baca buku ni depan abah, kalau OK baru abah beli" aku berikan buku itu kepada anak aku.
Anak aku buat lawak marah " Baca dalam hati boleh"
Aku pandang dengan geram..
Lalu anak aku pun membaca..aku tengok ok ..dan aku pun beli..
Harga buku tu lebih mahal dari harga novel mak dia..pehh!!! last-last buku aku tak dapat, anak aku dapat buku tebal kanak-kanak dia. Dia yang request nak beli buku tebal macam mama dia..

Lepas aku lepak jap kat kerusi sambil mengambil gambar menggunakan kamera BARU aku..
Anak aku buka buku dan ia membaca buku dia dengan ghairahnya..
Anak aku ni macam aku gak..kalau dapat sesuatu..lorat dia melampau-lampau.. tak ada kesabaran..
Macam aku dapat kamera baru..kat shopping pun nak amik gambar..kekekeke.

Tapi yang penting, minat membaca ni harus datang dari ibu bapa...jika tiap kali anak kita tengok kita membaca, dia pun akan terpengaruh.
Pengaruh yang baik lerr..

Catat Ulasan

0 Ulasan