Novel Cinta Satu Obsesi ?

Novel Cinta Satu Obsesi ?

Membaca novel cinta adalah kebenciaan ku sebagai seorang lelaki. Bagiku lelaki membaca novel cinta adalah lemah dan tak macho. Untuk lelaki bahan bacaan yang sesuai seperti komik atau novel2 ilmiah atau misteri atau kadang2 layan cerita hantu..OK kot. But for love stories NO WAY!!! Bagi aku novel cinta adalah novel picisan.

Sejak kebelakangan ni, isteri aku memang asyik dibuai oleh novel cinta. Aku rasa dah lebih 6 buku isteri aku baca dalam masa 2 - 3 bulan ini. Dan aku merasa tempiasnya keasyikannya yang suka membaca novel kebencianku. Tapi pernah gak isteri aku tanya , kalau minat membaca dia menggangu ketenangan aku . Aku cakap tiada masalah, padahal dalam hati aku, tak tahan melihat gelagat bini aku..bukan kerana minat membaca dia tapi melihat mimik mukanya yang kejap sedih dan kejap lagi ketawa...Dan juga ketekunannya membaca, dalam hati aku sering berkata "Kalau dulu rajin belajar macam ni mesti dah dpat PHD"

Dan semalam pada 03.10.2010, aku mula membaca novel cinta!! Sebenarnya aku nak tahu apa hebat sangat novel yang dibaca oleh isteri aku. Sebelum ni aku ada juga cuba baca novel " Pergilah Air Mata" tapi sinopsis ajer. Tapi sedih bebenar jalan ceritanya, so aku stop baca. Takut hati naluri kejantanan aku tergadai!!!

Novel yang dibaca oleh aku " Biarlah YM Berbicara" oleh penulis yag sama Hanni Rasul. Mula-mula baca tengok jalan ceritanya santai ajer tak berat. Dan ada unsur-unsur jenaka. So aku pun meneruskan pembacaan untuk menilai tahap keboringan aku.

Anak-anak aku yang cuba mengganggu aku, aku telah berikan amaran keras jangan mengganggu semasa abah sedang membaca. Baca punya baca, tahu2 dah 2 jam aku membaca tanpa henti. Bini aku dari tadi tak habis2 memperli aku. Malas aku nak layan. Sebenarnya adik ipar aku pun tengah membaca sampai bab 16, aku buat bodoh ajer.

Kul 11.00pm aku memaksa diri aku berhenti membaca, aku baca sampai bab 34. Aku menyesali akan diri ini yang asyik membaca novel tu. Aku telah melanggar etika seorang lelaki yang tidak akan membaca novel sedemikian.

Tapi yang pastinya aku tak sabar tunggu minggu depan nak sambung membaca novel "Biarlah YM Berbicara" sabtu ini. Buku tu aku tinggalkan kat umah mak mentua aku sebab adik ipar aku belum habis membaca lagi..huhuhuhuu...

Ulasan BUKU "Biarlah YM Berbicara"
Menceritakan seorang wanita bernama Adhiya ( Tiha, Dhiya, Tiya nama manja) yang bercinta melalui alam maya (chatting) group YM. Beliau berkenalan dengan rakan internet bernama Charming. Beliau menggunkan nama Ugly Betty.
Sebenarnya Charming adalah Firdaus ( boss Tiya tempat dioa bekerja). Dia memang tak tau yang Charming itu adalah Firdaus. Tapi pada masa yang sama beliau juga menanam hati pada Firdaus. Dan cemburu bila Firdaus bermesra dengan bekas teman wanitanya Mia.
Selain itu ada juga lelaki yang menaruh harapan padanya seperti Johan. Dan sepupunya Kamal.
Kearkaban persahabatan antara Dhiya dan Sharifah( sebagai penguat semangat) juga amat menarik.
Secara keseluruhan, novel ini bersifat santai dan penuh humor akan sikap Dhiya yang kelam kabut.
By the end, Dhiya akhirnya menenui cinta sejatinya...Siapa?
Aku belum habis baca.....

Catat Ulasan

0 Ulasan