Hari ini terasa nak bercerita tentang politik..sejak menjak 4 hingga 5 tahun ini politik Malaysia telah beralih ke satu arah yang mencabar. Dengan kewujudan Pakatan Rakyat yang mencengkam kalbu BN serta isu-isu panas dan strategi politikus telah memberi saya satu pendapat akan kenapa wujudnya satu fenomena yang memeningkan pemimpin BN. Kenapa undi BN semakin berkurangan?
Sebelum anda dan saya pergi lebih jauh ke dalam menganalisis politik semasa ini. Pertama kita mesti memahani kelas-kelas masyarakat dalam Malaysia.
a) Kelas Bawahan - Adalah kelas masyarakat yang dipisahkan oleh geografi, pekerjaan mengikut bangsa. Sebagai contoh masyarakat Melayu yang tinggal di kampung, masyarakat India di ladang-ladang dan masyarakat Cina di bandar-bandar. Selain itu masyarakat kelas bawahan ini mempunyai pendedahan yang kurang dan daya ekonomi yang rendah. Dan juga pendidikan yang rendah. Serta mengamalkan ekonomi sara diri.
b) Kelas Menengah - Adalah kelas yang semakin bercambah di masyarakat Malaysia. Kelas ini adalah masyarakat yang mempunyai pendidikan, kemudahan sumber maklumat dan daya ekonomi yang sederhana tinggi. Dan kelas ini bersaing sesama sendiri melibatkan semua kaum tidak terbatas pada kaumnya sahaja. Sebagai contoh pekerja kilang yang bekerja bercampur dengan semua kaum dan mempunyai kadar pendapatan yang baik.
Masyarakat inilah yang memainkan peranan penting dalam turun naiknya sesuatu kepimpinan
c) Kelas Elit ( The E class) - Adalah masyarakat pemimpin dan mempunyai pengaruh yang tinggi. Kelas inilah yang menggerakkan negara.
Kelas Menengah
Siapakah kelas menengah
Disebabkan pendidikan negara yang semakin baik maka Malaysia telah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan.
Selain itu tranformasi ekonomi Malaysia dari pertanian kepada perindustrian maka percampuran masyarakat pelbagai kaum semakin tinggi.
Kadar pendapatan yang semakin tinggi (disebabkan pendidikan baik) telah memberi ruang kepada semua kaum dalam berkongsi aset.
Sumber pengetahuan yag mudah seperti suratkhabar, internet mudah didapati juga membuka minda.
Oleh itu pendidikan, transformasi ekonomi, pendapatan yang baik serta sumber yang mudah adalah asas menjadi kelas menengah.
Itulah yang pemimpin sekarang lupa nak lihat...THE MIDDLE CLASS POWER.Dahulu BN berasa selamat kerana rata-rata Melayu pastinya menyokong BN kerana masyarakat dahulu tidak terbuka kepada ruang -ruang informasi yang lain . Pada fikiran mereka BN sahaja yang mampu memberi melindungi mereka. Inilah mimpi indah yang BN masih belum disedarkan.
Sama juga kepada pemimpin2 BN yang lain MIC dan MCA yang yakin kepada pengaruh mereka..
Sebab-sebab kelas menengah beralih arah
Mereka lupa melihat middle class yang berperang untuk hidup dan makan. Apa jua tindakan pemimpin walau sekecil apa apun akan memberi kesan pada kelas ini.
Sebagai contoh kenaikan harga minyak...rata-rata kelas menengah menggunakan kenderaan seperti kereta dan motosikal dalam menjalankan kehidupan seharian. Jika minyak naik, kadar perbelanjaan akan tinggi. Pasti mereka marah.
Contoh kedua, Naik harga gula atau bahan makanan yang lain. Dalam kelas menengah kebanyakkannya peniaga dan kenaikan ini memberi kesan negatif dalam penjualan produk berasaskan gula. Selain itu cara hidup kelas menengah kebanyakkan makan diluar dan apabila harga gula naik maka harga makanan naik. Ini merupakan bebanan.
Ini adalah beberapa contoh yang mampu saya berikan.
Selain itu dalam kategori kelas menengah terbahagi pada 2 kategori iaitu pekerja kerajaan dan swasta. Dalam pemerhatian saya, strategi pemimpin yang terlalu melebihkan pekerja kerajaan telah memakan diri. Pelbagai insentif telah diberikan pada pekerja kerajaan seperti kenaikan gaji dan bonus terutama pada masa kegawatan ekonomi.
Secara tak langsung ini memberi ketidak puasan hati pada pekerja swasta yang tidak perolehi apa-apa manfaat.
Pada masa kini pekerja swasta nak pinjam loan pun menghadapi pelbagai birokrasi dari pihak bank, jika anda pekerja kerajaan mudah sahaja.
Kenaikan gaji pekerja kerajaan ( 800.000 orang) sudah semestinya memberi kesan kepada kenaikan barang. Dan golongan pekerja swata juga merasa bahangnya.
Salah satu sebab kita kehilangan Selangor adalah berpunca dari ketidak puasan hati pekerja swasta yang ramai dan tersinggung, (terdapat juga isu-isu lain yang berkaitan)
Perlu ingat kelas menengah pekerja swasta adalah 10 juta orang. Ini merupakan undi terbesar BN perlukan.
Selain itu kelas menengah juga melibatkan peniaga-peniaga. Bagi mereka yang penting selagi kerajaan yang ada dapat memastikan perniagaan mereka dilindungi mereka akan sokong. Itu realiti. Dahulu apabila berlaku kemelesetan ekonomi 2008, kelas menengah amat merasa keperitannya. Saya sendiri pernah lalui situasi ini. Dan pernah tertanya apa tindakan kerajaan untuk atasi masalah ini. Berbanding dahulu Malaysia pernah lalui kemelesetan ekonomi 1998. Tidak seteruk 2008.
Banyak kilang-kilang ditutup dan ramai peniaga bungkus tikar. Ini semua menyumbang kepada ketidakpuasan kelas menengah ini.
Dasar kerajaan yang tidak mementingkan perindustrian. Dasar kerajaan dahulu yang mementing bioteknologi sehingga sektor perindustrian diabaikan. Semenjak setahun kebelakangan banyak kilang telah tutup atau pindah ke tempat lain. Ramai rakan-rakan saya yang kena VSS dan tiada kerja. Mangsanya ialah kelas menengah yang tidak puas hati.Tapi kini saya ada nampak perubahan dalam menaikkan sektor perindustrian di Malaysia kembali. Sebagai contoh di Perak dan Melaka yang mula berkembang. Disebabkan banyak industri yang tutup dan rakyat tiada pekerjaan, mahukah mereka menyokong kerajaan.
Disebabkan dasar kerajaan yang berpatah balik ke sektor pertanian/bioteknologi, ramai generasi muda tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur. Sektor yang paling banyak menyumbang pekerjaan adalah sektor industri. Jika sektor industri tidak dipedulikan dimana generasi muda ini hendak bekerja. Perlu ingat generasi muda ini adalah pelapis kelas menengah yang berpendidikan. Disebabkan tiada pekerjaan, mahukah mereka menyokong kerajaan yang ada sekarang.
Kerajaan pernah cuba ambil tindakan dengan membuka peluang pekerjaan di sektor kerajaan. Tapi berapa banyak mampu diserapkan?
Informasi maklumat yang tidak terkawal. Kelas menengah mempunyai sumber yang luas dalam perolehi maklumat. Pelbagai maklumat yang memerangi kerajaan sekarang saya lihat begitu mudah polos. Pada saya kebebasan tiada kawalan adalah bahaya. Sekarang dah terlambat kerana kelekaan pemimpin BN yag terdahulu. Pelbagai maklumat sensitif dan tidak benar kini semakin berleluasa.
Ulasan
Kalau nak tulis banyak yang boleh tulis. Seperti perbezaan kelas menengah dan kelas bawahan. Yang membezakan mereka.
Yang penting kami kelas menengah adalah asas dalam percaturan politik pada masa kini. Bukan sahaja pada Malaysia tetapi pada keseluruhan dunia politik.
Golongan ini yang harus diambil kira sebaik-baiknya oleh kerajaan negara.
Kesimpulannya untuk kelas menengah, EKONOMI adalah perkara terpenting.
Kita sudah memahami "Middle Class" amat penting dalam percaturam politik negara.
Saya rasa kita juga mesti memahami tension middle kelas dalam "Rasisme in Middle Class" .
Ini juga menyumbang dalam kehidupan kelas menengah selain faktor utama ekonomi. Rasisme kelas menengah bukan kerana tension perkauman tapi tension ekonomi antara kaum.
Diharap semua ahli politik mesti memahami kehendak rakyat. Adakala kita lupa yag remeh.
Blog saya adalah blog yang berkecuali, bukan memihak sesuatu pihak. Cuba menyedarkan semua politikus agar berhati-hati dalam segala tindakan dan trend politik terkini masyarakat Malaysia.
Pehhh!!!!! Sesekali buat blog politik ini susah juga..takut salah tulis hingga membawa tanggapan yang berbeza. kang tak pasal2 kena tangkap atas Akta Hasutan..
0 Ulasan