Puteri UMNO "G"

Puteri UMNO "G"

Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 - 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang telah bemula semalam .. aku tertarik dengan pendapat wakil PUTERI UMNO yang telah mengkategorikan wanita UMNO ini ada 3G - Gemuk, Gempal, Gebu ....hehehehehe.. Memang pun..tapi aku suka yang gebu..

Tapi ada satu G wakil Puteri UMNO ini tak suka iaitu GEDIK...
Aku dengar ucapan Puteri UMNO yang berbahas tu ..kelakau lak..
Tak lama tak dengar ayat gedik tu..

Apa tu gedik?
Gedik tu banyak makna...kalau untuk perempuan maknanya ia macam mengada-ngada ler, tapi mengada-ngada dia ni benci lak orang tengok.
Kadang suka meleset-leset kat lelaki atau guna bahasa manja-manja yang geli telinga nak dengar.
Tapi itu yang lelaki suka...perempuan gedik-gedik ini, yalah manja dan open minded katakan..boleh pegang2 secara tak sengaja...

Tapi dalam pemahaman aku, kalau nak kata sesetengah Puteri UMNO ni gedik, tak juga. Perempuan ni kalau dan masuk sesuatu persatuan dia punya lorat lebih sikit. Semangat pun lain macam tak macam lelaki. Sebab tu dalam pilihanraya umum dulu, Puteri UMNO yang paling banyak bantu kemenangan UMNO. Kalau tak dah banyak kerusi kena bungkus.
Disebabkan pergaulan dan keaktifan Puteri UMNO ni orang ingat  dia ni gedik.

Pikir ler sendiri, kalau kau hantau Puteri UMNO yang pemalu atau erti kata lain "Gadis Melayu Terakhir" boleh jamin ker dia orang boleh tarik pengundi. Kita nak menjual parti agar orang sokong..kena ingat tu.
Disebabkan  mereka beria-ria nak cari pengundi, maka mereka dikelar sebagai "gedik". Disebabkan mereka ni muda kiut, kau panggil gedik. Biasalah perempuan remaja dan muda...ada sikit2 manja BUKAN GEDIK..
Lalu makcik2 WANITA yang gedik tu kita nak panggil apa?
Alamak!!! Aku emotional lak...kekekekeke

Aku tak sokong tu..kita perlukan Puteri UMNO gedik ( melalui pemahaman aku) untuk memastikan kesinambungan UMNO.
Apa PUTERA UMNO buat, apa WANITA UMNO buat, apa PEMUDA UMNO buat.
Yang aku nampak dapat selamatkan gadis dari Lombok adalah...padahal pompuan tu yang gatal nak lari ke sana...
Yang aku nampak buat main bola sana sini...kata nak cari pengundi...dapat ker!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan