Teknik membuang daun pokok mangga

Teknik membuang daun pokok mangga

Minggu ini aku sibuk membersih kan pokok mangga aku. Memang malas betul
nak bersihkan pokok mangga aku ni. Tapi dah berbuah mahu tak mahu
terpaksa aku bersihkan juga. Bersihkan apa.. buang daun-daun yang
terjurai dari pokok aku. Ini dipanggil teknik membuang daun untuk
mendapatkan buah mangga yang besar dan banyak.

Untuk pengetahuan semua pokok mangga kat umah mak aku ni dah berusia 32
tahun!!! Tapi masih gagah berbuah walaupun saiznya agak kecik sekarang.
Tak macam dulu bagak-bagak saiz buah mangga dan kalau satu pokok berbuah
mahu 2 besen besar diperlukan untuk memetik dan menyimpannya.
Walau pun sekarang hasilnya sudah berkurangan tapi ia tetap memberikan
hasil yang agak membanggakan.

Bagaimana aku dapat kekalkan pokok mangga aku berbuah sepanjang
masa...Teknik membuang daun.
Kebaikan teknik membuang daun ini..

Pertama kita kena fahami konsep asas iaitu jika terlalu banyak daun
pada pokok itu maka segala khasiat pada pokok itu akan terbahagi pada
daun dan buah. Oleh itu buah mangga anda kecil dan tak banyak. Jika
buang daun maka khasiat baja akan pergi ke buah. Simple jer penjelasannya.

Kedua mengelakkan daun gugur. Kadang-kadang kita mengeluh daun pokok
kita asyik gugur ajer, tiap-tiap hari kena sapu. Jika kita buang daun
ikut teknik yang di ajar hanya daun yang muda sahaja dipokok anda dan
anda tidak penat. Selain itu dapat megurangkan lekitan getah2 yang
keluar dan jatuh kat lantai atau kereta anda dari daun-daun yang busuk...

Ketiga, anda dapat menjaga kekemasan pokok mangga anda. Kelemahan jaga
pokok berbuah ini ia tinggi. So, anda kena selalu cantas pucuk-pucuk
pokok yang tinggi. Jika tinggi sangat macam mana nak petik buah mangga
anda. macam aku ni tak gemuk tapi tembam sikit mana berani nak panjat
pokok. Semasa anda membuang daun, ambil kesempatan trim sikit pokok
mangga anda. Kasi nampak lawa sikit.

Keempat, anda dapat monitor kesihatan pokok mangga anda. Masa buang daun
tgk kalau ada batang pokok yang busuk dan berulat atau reput. Sebab
batang busuk ini tempat penginapan macam-macam serangga seperti semut
atau kumbang pokok. Kalau biarkan habis busuk semua pokok anda.

Macam mana nak buang daun. Senang ajer. Anda tak boeh buang semua daun
sesuka hati. Botak pokok tu kang..hehehehe. Cuba lihat setiap batang
pokok yang mempunyai daun. Setiap batang yang akan mengeluarkan pucuk
baru ia akan meninggalkan lekukan bonggol pada setiap urat kayu tu. Mula
dari lekukan yang teratas anda buang semua daun tersebut.
Kedua jika pokok anda dah berbuah, tangkai buah yang berdaun anda
buangkan semua. Tinggalkan buah itu ajer tergantung..

Senang ajer kan...lihat gambar kalau nak tahu lebih lanjut...Saya rasa
apa yang saya tulis ini, saya nak baca pun susah nak paham..hehehe. Anda
boleh tanya atau e-mail pada saya.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Gambarnya dah xada. :)
Thx sbb bg info yang menarik ni.

Kalau boleh email teknik penjagaan mangga sy sgt berterima kasih:
amimy06@gmail.com